arghhh.....asyik ber FB lupa pada blog....nak buka blog je terlelap....cerita-ceriti sukar di mengerti....shoh shoh shoh...sibuk je kucing ni...ni macamana dan berblog asyik ada gangguan aje ni....shoh shoh shohhhhh......(macam halau ayam da...)
Bila Gong Dipalu
Friday, July 30, 2010
Saturday, February 20, 2010
selamat hari lahir
buat anak aku yang ke 3 Amyrul Izzat yang akan menyambut hari lahir yang ke 17 pada 21 Febuari ni. Akan ambil SPM tahun ni...
Anak yang sulong yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 30 Januari yang lepas...tahun satu di USM dalam Kejuruteraan Polimer.....
********************
Moga anak-anak aku di rahmati ALLAH selalu dan di beri keberkatan dalam umur mereka . Moga sentiasa di murahkan rezeki , di panjangkan umur dan di mudah kan urusan serta pemikiran dalam pembelajaaraan.....SElaMaT MaJU Jaya dan tercapai apa yang di cita...INSAALLAH
Wednesday, January 20, 2010
sebak
pagi ni aku rasa cukup sebak bila anak sulung aku melepaskan rasa rindu dia dalam FB....selalu anak aku yang kecil yang menyata rasa rindu dia bila aku dan dia berdua dalam kereta dan melalui kawasan perkuburan dimana ibu dia di semadikan......
Ya Allah berilah kekuatan pada anak-anak aku mengharungi keadaan ini...
AlFatihah buat ibu anak-anak ku sesungguhnya mereka sentiasa merindui mu...
Ya Allah berilah kekuatan pada anak-anak aku mengharungi keadaan ini...
AlFatihah buat ibu anak-anak ku sesungguhnya mereka sentiasa merindui mu...
Thursday, December 31, 2009
STB 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010
***********************
I
I
I
semoga kita semua sentiasa di berkati dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.
semoga kita semua sentiasa di berkati dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.
Salam Tahun Baru 2010 dari kami sekeluarga
I
I
I
*
*
'evian mellinium' ini merupakan cenderamata yang aku dapat semasa acara sambutan tahun baru 2000 ( Y2K). Dah sepuluh tahun cenderamata ini aku simpan sebagai kenangan kerana air mineral yang di botolkan ini merupakan edisi khas.
Intan Bersinar Di Sungai Besar
Mawar di dahan bunga berseni
di Johor tentunya luruh cemara
Anwar Ridhwan putera petani
tersohor namanya seluruh negara
Seni tembikar di dewan betara
Keladi di hutan rapat betangor
Kini bergelar Sasterawan Negara
Menjadi kebanggaan rakyat Selangor
Tanjak berseri di bawa pulang
Tertambat rusa di pekan utara
Bijak bestari berjiwa pejuang
memartabat bahasa mendaulatkan negara
Hutan damar teratainya segar
Akar bersilang menunjang taman
Intan bersinar di Sungai Besar
Kekal gemilang sepanjang zaman
Jerami bersemi di pinggir dewan
Cendawan tunggul subur di titi
di bumi petani lahir sasterawan
Cendekiawan unggul menabur bakti
Bakar kemenyan kerat di Bentan
Di pulau terbiar bekas dupanya
Anwar Ridhwan ibarar intan
Berkilau bersinar di pentas dunia
**************
pantun yang di bacakan oleh Tuan Haji Ahmad Sarju semasa Bicara Tokoh Sasterawan Negara ke 10 Y.Bhg. Dato' Dr. Anwar Ridhwan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 23 Disember 2009.
Haji Ahmad Sarju di lahirkan pada 10 Disember 1942 di Batu 6 Jalan Kebun Klang. Saorang guru mulai 1958 hingga 1997. Telah banyak kali memenangi hadiah sastera terutamanya dalam puisi. Baru sahaja memenangi hadiah utama pertandinagn pantun di Klasik Nasional
Wednesday, December 30, 2009
Bersama Sasterawan Negara
Monday, December 28, 2009
apa dah jadi
apa dah jadi
sampai sekarang tak update blok lagi
apa dah jadi
makin lama makin tak menjadi
apa dah jadi
makan satay tak pakai lidi
apa dah jadi
blog terbiar hampir 30 hari
apa dahhhhhhhhhhh jadiiiiiiiiiiiiiii....
emmmmm...
nak kena mandi bunga ni......
hujan di luar tak berhenti lagi
nak balik tak jadi-jadi...
aaaaaaaaaaa
nak kena merapu niiiiiii....
sori pada diri sendiri
apa nak jadi
Thursday, December 3, 2009
musim tengku7
musim tengkujuh banyak kawasan akan di naiki air. Setakat ini alhamdullillah belum lagi melalui saat getir mengharungi banjir cuma yang merisaukan bila jalan raya mula rosak dan berlubang-lubang. Bila air bertakung kita tak perasan jalan tu dah berlubang labih2 lagi bila drive dalam hujan.Sekarang tiap hari ada saja terlanggar lubang tak dapat nak elak,takut tersalah elak berdentum pulak...alamat lepas ni asyik kena buat aligment aja la......
apasal tak elak....macam mana nak elak bapak tak ajar lagi...ahak2
apasal tak elak....macam mana nak elak bapak tak ajar lagi...ahak2
bedah mata
anak aku yang kecil Ras Ariesha Najiha kena buat operation mata kerana mata kiri dia menghadapi masalah sejak lahir. Masuk ni dah tiga kali dia menjalani operation mata kerana dua kali yang awal operation gagal dan tidak menampakan kesan. Mata Ariesha bahagian kelopak mata dia dtidak berfungsi dan ini telah menutup sedikit mata dia dan ia telah menyebabkan rabun. Pada peringkat awal doktor suruh pakai cermin mata,tapi aku tak mahu sebab dia msih kecil dan lasak takut dia tak pandai nak kawal cermin mata dia nanti.
pada 23/11 aku telah menghantar Ariesha ke HUKM untuk pemeriksaan dan masuk wad untuk operation mata pada 24/11. Sepatut nya pada 17/11 Ariesha kena ambil darah sebum masuk wad,tapi yang bengongnya bila sampai kat HUKM boleh misi tu cakap salah tarikh, pada hal tarikh tu mereka yang kasi. Punyalah menyirap air sirap dibuatnya,sudahlah parking kereta jauh ( di stadium cheras ) sampai2 dia cakap salah tarikh...nasib masih boleh sabar.
sebelum masuk wad aku dah belikan alat mainan apa yang dia berkenan,bagi dia tidak boring bila dalam wad. Petang 23/11 tu dalam jam 4 petang anak aku di panggil untuk pemeriksaan mata dengan doktor yang akan operate mata dia, Dr Faridah ( anak aku pangging dia Dr Inggeris sebab suka cakap bahasa inggeris dan garang sikit,Dr pelatih suma takut ngan dia ni ). Semasa pemeriksaan tu datanglah Dr pelatih bawa saorang juru jual aka pembekal peralatan untuk operation esok. Rupanya barang tuk operate esok baru nak oder walaupun Dr pelatih tu cakap barang dah ada. Ada 2 jenis barang aka benang aka silikon yang akan di gunakan untuk mengikat mata Ariesha ,satu berharga 300 dan satu lagi beharga 600. Dr cadangkan yg harga 600 sebab yang harga 300 takde stok. Nak jadi cerita yang harga 600 tu silikonnya mudah putus bila Dr Faridah uji...ha apa lagi melenting lah Dr Faridah ( cakap orang putih )...habis kena sembur jurujual tu. Aku tersengih aje la...lantak engko orang la...he2...Akhirnya keputusan di buat operation esok akan menggunakan silikon dari stok HUKM dari jenis yang aku tak mahu ambil tahu. Dr pelatih tadi aku tengok menggelabah terpaksa call sana call sini nak buat persediaan untuk operation esok.
Malam ni Ariesha di jaga oleh anak bujang aku Amyrul Izzat,aku tak boleh tunggu kat wad sebab kena uruskan anak dara aku Aziera antar ambil dari kolej. Arisha pun jenis mudah berkawan dan dalam wad tu dia dah dapat kawan yang boleh dia ajak main mainan sama-sama. Dan kelebihan di wad kanak-kanak ni ada bilik khas untuk budak2 bermain jadi bila bosan boleh lah bawa dia bermain di situ.
(sambung lain kali)
Wednesday, December 2, 2009
3X bengong...
cerita 1
semalam pagi2 aku keluar rumah sebab kena hadiri kursus di Institut Intergriti Malaysia ,jalan duta Kuala Lumpur. Dalam jam 7.30 pagi aku call penolong pegawai tadbir(PPT) tanya pasal waktu pendaftaran berkenaan kursus tersebut sebab hari senin aku ke HUKM urus kan anak dan minggu lepas aku banyak ke HUKM dan kursus tu pun aku di suruh pergi hari khamis jadi takde surat2. Waktu aku call aku dah masuk ke NKVE da Jam 8pagi PPT call aku dan minta maaf yang menyatakan bahawa waktu pendaftaran jam 4.30 petang dan yang bengong nya masa dia call aku dah lepas bayar tol di jalan duta. Menambah kan lagi bengong aku tersilap masuk lorong yang aku termasuk leburaya DUKE untuk ke Selayang sebab lebuhraya telah berubah ( dah hampir setahun tak lalu jalan ni ). Sudahnya aku terpaksa buat u-turn jauh dan naik kembali ke jalan duta dan terus balik ke pejabat sebab ada mesyuarat pengurusan(pagi tadi dah call staf aku agar masuk gantikan tempat aku). Dan jadi lagi sekali bengong mesyuarat di tunda....hahahaha....
cerita 2
pagi tadi aku keluar pagi juga dan anak aku Azira aku terpaksa hantar ke kolej awal walau kelas pukul 10. Sekali lagi aku bengong, kali ni salah lagi masuk jalan di mana aku buat u-turn di jalan salah ( u-turn bawah jejantas berhampiran simpang ke masjid wilayah ) dan jalan tersebut tak ada simpang ke kanan untuk ke tempat kursus. Ini dapat maklumat salah sebab member cakap buat u-turn untuk ke Institut Intergriti Malaysia (IIM) berhampiran stadium hoki jadi terpaksa drive balik ke tol yang nasib baik boleh buat u-turn. Hahaha...aku sampai jam 8.25 pagi terus daftar naik ke tingkat 14 dan kursus telah bermula.
cerita 3
Jam pukul 1.00 tengahari puan penceramah masih panjang ceramah nya dan kalau ikul jadual kursus petang nanti dalam jam 2.30ptg akan di adakan lawatan ke penjara Kajang. Sebagai penutup ceramah puan penceramah terlebih dahulu minta maaf kerana kursus terpaksa di tamatkan setakat ini sahaja. Inagatkan maksud dia ceramah dia yang di tamatkan ,rupa2nya kursus di tamatkan sebab tak cukup korum seramai 20 orang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh IIM. Punya lah bengong tak pernah berlaku dalam sejarah aku pergi kursus,kursus ditamatkan kerana tak cukup korum. Betul2 intergriti punya IIM....hahaha...lepas makan tengahari terus cabut balik pejabat sebab nak balik rumah anak tak abih kelas lagi nak amik bawa balik....
Subscribe to:
Posts (Atom)