Wednesday, June 17, 2009

Serawak kamek datang


mana pulak sampan ni...nak gi cari kg. perdekar mustar la...

ni ke cat walk nak ke cat museum...arghhh..map ni lain macam je...
cantikan lukisan ni..

lepak di water front..Izzat,Ariesha,Along Azri

Selamat datang...hehehe..ko pakai seluar dalam tak ni


alamak nama dah kena panggil untuk boarding


cuti-cuti Malaysia kami sekeluarga turun ke Bandaraya Kuching,Serawak pada 12 hingga 14 Jun.Alhamdullilah semua ok dan selamat dan semua seronok walaupun penat. Kami jalan-jalan kat water front ,lawat muzium, pasar satok,naik sampan ke Kg. Boyan,gi kedai kek lapis,tengok2 barang antik sepanjang main bazar...dan yang paling penting makan..





jejak bertapak

Fendi n Adi datang kat opis aku...cam jadi jurujual sony camera je...hehehe...

Inggeris n English


ini anak tanya..ape erti "keselamatan" dalam bahasa inggeris..hehehe..dalam english maksud keselamatan security...kenapa?saya tanya...dia tanya kalau gitu tali keledar keselamatan bukan lah seat belt...maksudnya talipinggang kerusi/tempat duduk...dan life jacket maksudnya jaket hidup/hayat...hehehe...tu la dulu bila cikgu ajar tidur....adusss...Perkara ni dia tanya pasal ayat keselamatan tu di letak bersebelahan tapi makna berbeza...




yang ini masa naik pesawat saudi air...kat dalam toilet...dia tulis ' Please do not throw foreign articles in flushing toilet'...agaknye dah ramai kena botol jatuh dari langit macam cerita god must be crazy..ahak2



Tuesday, June 16, 2009

Ras Ariesha Najiha







Pada 19 Mei 2009 yang lepas genap umur si kecik ni 5 tahun..betambah nakal dan kuat menjerit. Ariesha dah tak pegi sekolah sudah 2 bulan..bila cakap suruh pegi sekolah dia menjerit..fobia agaknya. Bila tanya nak sekolah mana..dia nak sekolah besar...nak ikut abang dia Izzat sekolah...hahaha...pening bapak dia. Sekarang along dia cuti belajar bolehlah dia layan sikecik ni kat rumah. Along akan masuk ke USM 27 Jun ni...sikecik ni tepaksalah kena antar rumah jiran Cik Ummi untuk jaga..itu pun tengok angin sikecik ni...kalau dia tak hendak pergi,pagi-pagi ngamuk la dia.


Dek kerana dia yang paling kecik dalam keluarga kami maka dia jadi terlalu manja dan cewek. Beza umur dia ngan abang dia yang no 3 lebih kurang 11 tahun,tu yang buat dia jadi bertambah manja dan kawan gaduh ngan abang kakak dia...hehehe...Dialah penghibur kami sekeluarga sekarang..Pas ni along masuk USM dan kakak dia duduk asrama kat kolej PTPL jadi bertambah sunyi lah rumah.

Monday, June 15, 2009

Labaikallah humma labaiq-1





LABAIKALLAH HUMMA LABAIQ
LABAIKALA SARIKA LAKA LABAIQ
INNAL HAMDA
WALNIQMATA
LAKAWALMUQ
LASARIKALAQ

Hambamu datang
menyahut panggilan Mu, Ya Allah
Hambamu datang
menyahut panggilan Mu
Hambamu datang
menyahut panggilan Mu
Tuhan yang tiada sekutu bagi mu
Hambamu datang
menyahut panggilan Mu
Sesungguhnya segala pujian
Nikmat dan pemerintahan
adalah kepunyaan Mu
Tidak ada sekutu bagi Mu




Thursday, June 11, 2009

Buat Isteri

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirimu lebih dari kami sekeluarga. Kenangan bersama mu adalah yang terindah. Pahit manis dan suka duka telah kita tempuh bersama. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu sayang dan moga Allah menempatkan dirimu bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa. Al Fatihah sentiasa mengiringi setiap doa-doa kami. Tarikh 21 November 2008 (jumaat) tetap menjadi ingatan kami untuk selamanya.

Gambar ini adalah gambar terakhir kita bersama di aidilfitri 2008.

Friday, June 5, 2009

Gong

bila gong di palu
gonggggggg....
gooooooooonnnng
bergema lah seluruh alam
bertingkah
melangkah
di laman
mengikut irama dan rentak
bersilatlah...
goooooooooonggggggg.....

adakala langkah sumbang
adakala tersungkur jatuh
namun tetap gagah
meneruskan langkah
biar apa yang mendatang
tetap di tentang
kerna itu adalah adat kehidupan
dalam menuju alam yang lebih fana
semoga setiap langkah
tidak menyanggah kehendak tuhan
gooooong....
bergemalah di serata alam