Wednesday, September 16, 2009
ketupat
KETUPAT - bila menyambut Hari Raya Idil Fitri,hidangan wajib yang tidak boleh di lupakan adalah ketupat. Walau di setengah negeri lebih popular dengan lemang sebagai hidangan utama di pagi hari raya. Ketupat amat popular di Negara Malaysia, Indonesia, Brunai, Singapura dan Filipina. Di Filipina ketupat di kenali sebagai Puso. Ketupat terdapat pelbagai jenis, namun ada dua jenis yang biasa didapati atau dikenali iaitu ketupat nasi dan ketupat pulut. Ketupat nasi adalah sejenis ketupat yang menggunakan beras putih dan menggunakan daun kelapa sebagai kelonsong atau pembalut manakala ketupat pulut menggunakan beras pulut dan daun palas sebagai kelonsong atau pembalut. Ketupat pulut juga di kenali sebagai ketupat palas.
ketupat manggis empat kelopak ( atas ) dan ketupat maggis lapan kelopak ( bawah )

PENGERTIAN KETUPAT
ketupat -
nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya.Kamus Dewan Edisi Tiga
ketupat bangkahulu -
a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan);Kamus Dewan Edisi Empat
ketupat manggis empat kelopak ( atas ) dan ketupat maggis lapan kelopak ( bawah )
PENGERTIAN KETUPAT
ketupat -
nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya.Kamus Dewan Edisi Tiga
ketupat bangkahulu -
a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan);Kamus Dewan Edisi Empat
Monday, September 14, 2009
berbuka di mana?



semalam kami berbuka di Bambu Lalang, bistro and decor di Sg.Rambai,Telok Panglima Garang. Bistro ni terletak di tepi jalan Klang Banting,agak menarik juga kedai makan ni kerana decoration menggunakan buloh dan ala-ala chalet. Berbuka kat sikit di buat secara buffet dan harga sekepala berbaloi juga,RM10.90 dewasa,7.00 kanak-kanak. Ada lebih kurang 15 jenis lauk dan makan di hidangkan,alhamdullihah cukup mengenyangkan. Malam tersebut penuh juga ruang makan dengan kehadiran pelanggan. Cuma tak sempat makan ikan bakar kerana ikan dibakar lambat,kena pergi masjid berhampiran kerana tidak disediakan surau.gambar gelap menggunakan hp
Friday, September 11, 2009
tekno2know

apabila teknologi mula menguasai aku...line internet aku selalu je bermasalah terutama broadband yang tak stabil...kat opis pula ada masa-masanya dia lembab. Bulan-bulan puasa ni semua jadi lembab...macam tuannya..he2...Yang sakit hati tu bila aku tak boleh buka blog aku,bila boleh buka tak boleh buat entri dan komen. Bila buka blog orang lain ok sahaja pulak tu mana aku tak angin...Ini betul betul teknologi yang menguasai aku sebab aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini. Inilah bila aku di lahir bukan di zaman teknologi cuma membesar dengan teknologi terpaksalah aku menguasainya walau selalu teknologi yang menguasai.
Thursday, September 10, 2009
biblia/al kitab





'al kitab' bible yang diterbitkan dalam tulisan jawi dalam mengembangkan ajaran kristian di Malaysia. Kitab ni aku simpan hampir dua tahun dan kini telah kembali ketangan tuan nya di Holland. Aku hanya sekadar simpan tak baca pasal tak mahir dan tak cukup ilmu...aku teringat pasal al kitab bible ni pasal ianya menjadi salah satu rujukan oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Bukti-bukti sains dan sejarah kerasulan Muhammad. Buku ini baru sahaja aku habis baca, sangat menarik dan mengesan kerana ia membuat rujukan keatas kitab agama-agama lain yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w.
Wednesday, September 9, 2009
sedekah

ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ
Maksud: Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata:Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling dermawan (pemurah) di dalam perkara kebaikan dan kemuncak sifat dermawan beliau itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Shaum (Puasa), 6/470, no. 1769)- an-nawawi blogspot
Maksud: Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata:Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling dermawan (pemurah) di dalam perkara kebaikan dan kemuncak sifat dermawan beliau itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Shaum (Puasa), 6/470, no. 1769)- an-nawawi blogspot
**********
sedekah...bila aku selalu mengira dan berkira-kira bila mahu bersedekah. Mana yang perlu dan mana tidak perlu selalu tersalah tafsir dan hitung kerana semua menjadi keperluan hingga lupa bahagian orang lain yang lebih memerlukan.
Friday, September 4, 2009
paspispusss..
sebatang tak rasa, dua batang biasa, tiga batang baru terasa, empat batang tersiksa...tapi kalau dah beratus batang itu gila...********
Cerita saorang isteri yang suaminya saorang perokok
Isteri : Bang sudah-sudah lah merokok tu, dari muda hingga tua masih tak boleh tinggal rokok tu..ingat ingatlah kesihatan awak yang dah tak menentu tu..
Suami : Awak ni tiap hari membebel saje...SAMPAI MASA saya berhentilah merokok...yang awak tu bila pulak berhenti membebel..
Isteri : SAMPAI MASA saya berhentilah bang..
*******
Memang 'sampai masa' suami dan isteri tersebut akan 'berhenti' di perhentian terakhir yang telah dijanjikan. Sorang isteri kalau boleh tak mahu mendapat saorang suami kaki merokok tapi dah terkawin nak buat cam mana terima ajelah...
Thursday, September 3, 2009
buaya

Buaya terbesar yang masih hidup di bumi, adalah buaya air masin / buaya estuarine. Rata-rata ukuran jantannya mencapai 5 meter dengan berat 450 kg, namun pernah ditemukan pada ukuran 7 meter seberat 1000 kg.
Buaya air masin atau “salties” memilik penyebaran yang luas, termasuk wilayah-wilayah India bahagian timur, Asia Tenggara, dan Australia bahagian utara. Buaya ini adalah perenang yang handal dan sering dijumpai berada jauh di tengah laut.
Sebagai predator, mereka menunggu mangsa dengan sabar di dekat tepian air, menunggu mangsa mendekat untuk minum. Mereka makan apapun yang boleh dijangkau termasuk kerbau air, kera, atau babihutan. Tanpa peringatan, mereka menyembur dari dalam air, menarik mangsa ke dasar, dan menahannya hingga kehabisan nafas.

perbandingan ukuran dengan manusia
Populasi di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 200.000 – 300.000,
***********

Tersebut sabuah kisah di dalam negara Antahberantah yang di perintah oleh saorang Raja yang bernama Raja Dundee. Raja Dundee mempunyai harta yang banyak dan tinggal bersama saorang puteri yang cantik jelita. Mereka tinggal di sabuah istana bernama Malasnakcanang yang besar dan kelilingi dengan tasik buatan sebagai keselamatan istana tersebut. Di dalam tasik tersebut baginda raja telah meletakan beratus-ratus ekor buaya.
Nak di panjangkan cerita pada satu hari selasa yang hening Raja Dundee telah menitahkan Memanda perdana menteri mencanangkan kepada rakyat baginda bahawa baginda sedang mencari saorang lelaki gagah,perkasa dan berani yang akan di kahwinkan dengan puteri baginda. Bagi mencari lelaki sebagaimana yang di idamkan Raja, syarat yang misti di lakukan oleh lelaki-lelaki tersebut ialah berenang menyeberangi tasik yang di penuhi buaya untuk sampai ke istana. Maka sang memanda menteri pun mula mewar-warkanlah berita tersebut keseluruh pelusuk dan saentaro negara dengan mencetak poster,iklan di surat khabat dan TV serta dengan memalu gong ke desa-desa terpencil.
Maka dipanjangkan lagi cerita pada hari yang di nantikan pun tiba, maka berbondong-bondong,berduyun-duyun dan bersesak-sesaklah rakyat jelata datang dan berkumpul di sekeliling tasik. Ada lelaki ada jantan ada wanita ada perempuan ada budak dan ada yang tua datang bagai nak masuk mengadu nasib atau sebagai pemerhati serta menjadi pom-pom girl. Dan ramai lagi yang terlibat dengan filem ini turut datang. Apabila melihat orang telah ramai berhimpun, maka Raja Dundee pun membuat pengumuman..
"hai rakyat beta sekelian bagi lelaki yang gagah perkasa lagi berani yang ingin beristerikan puteri beta sila lah terjun ketasik dan berenanglah ke istana beta..beta kira 1...2...3...terjun.."Raja membuat pengumuman melalui pembesar suara ( ramai orang kalau menjerit mana dengar )
maka orang ramai yang berada disekeliling tasik mula menjerit-jerit memberi sokongan kerana ingin melihat siapakah yang mati dahulu di baham oleh buaya-buaya lapar di dalam tasik tersebut yang tersengih-sengih menanti mangsa.
hampir lima minit Raja Dundee menunggu tiada saorang lelakipun yang terjun ke tasik. Baginda rasa hairan dan orang ramai mula terjerit-jerit. Rupa-rupanya yang datang semuanya adalah mereka-mereka yang penakut,kata hati Raja Dundee.
Tiba-tiba...kejubussss....saorang lelaki terjun kedalam tasik dan terus berenang laju menyeberangi tasik. Orang ramai mula bersorak...buaya-buaya lapar terkejut buaya sekejap dan mula mengejar mamat sorang ni. Lelaki ini berenang terlalu laju dan akhirnya dia sampai keseberang dengan selamat cuma terdapat sedikit calar balar dan baju koyak rabak akibat digigit sipi-sipi oleh sang buaya. Orang ramai mula bertepuk tangan dan menjerit-jerit keseronokan.
Raja tersenyum puas ,rupanya ada di kalangan rakyatnya yang gagah dan berani menyahut cabaran maha gila ini. Lelaki yang baru sampai dari menyeberang tasik tersebut kelihatan muka pucat lesi, hilang darah dalam badan di rasa dan dan tidak percaya yang dia boleh berenang tadi. Raja Dundee pun mengucapkan tahniah pada mamat ni dan menunaikan janji akan mengawinkan dia dengan puteri baginda.
Tapi mamat ni dengan suara terketar-ketar bersuara...
" Ammmpunnn Tuanku, patik tak mahu kahwin dengan putri tuanku..."
Raja Dundee " apa?,bukankah itu janji beta dan itukan yang telah tuan hamba lakukan?"Raja kehairanan dan terus bertanya lagi.
Raja Dundee "Apakah sebenarnya yang awak mahu..harta atau sabuah istana..cakap lah beta akan tunaikan...?
dengan terketar-ketar mamat ni pun berkata
Mamat "Ampun tuanku...patik hanya ingin tahu siapakah gerangan YANG MENOLAK HAMBA KEDALAM TASIK TADI..."
Raja Dundee " ??????????????............"
********
sekadar cerita sengal yang digubah semula di tengahari puasa ni....lapor....
Monday, August 31, 2009
cuti



Merdeka hari ni tidur ku lama dan lena kerana hari cuti. Anak -anak tidur tak di ganggu hingga dinihari, mimpi indah disiang hari. Tengahari aku bawa si kecil ke Jusco Bukit tinggi jalan-jalan melihat apa yang boleh di beli. Penuh sesak hari merdeka ini dengan orang ramai ,mungkin membeli pada hari akhir mega sale pada hari ini. Bawa anak bermain di tempat mainan kanak-kanak yang penuh dengan mesin yang memerlukan token untuk bermain. Terbang duit 10 ringgit untuk melayan sikecik bermain, ada masa mesin permainan aku sepak dua tiga kali kerana telan token tapi mesin tak berfungsi. Anak kecil seronok bermain dari satu mesin ke satu mesin dengan imiginasi,inilah dia berkat kemerdekaan hari ini.
Bila penat aku bawak ke McD belikan makanan yang disertakan permainan percuma,yang sebenarnya aku rasa beli mainan ,percuma makanan,satu strategi perniagaan yang bijak. Sambil melayan anak makan aku lihat tiga buah kerete Nissan FairladyZ baru yang nilainya pasti ratusan ribu sebuah, berpusing-pusing yang kononnya mencari parkir. Sambil menekan minyak bagi bunyi mengaum untuk tarik perhatian orang disekelililing. Dengan cermin tingkap dibuka aku lihat muka-muka anak muda generasi merdeka berlagak dengan kereta yang pastinya pembelian oleh keluarga mereka. Rezeki mak bapak untuk digayakan oleh anak-anak,murahnya rezeki mereka di bumi bertuah ini, aku cuma mampu melihat sahaja.
Alhamdullilah merdeka hari ini aku masih mampu membeli juadah berbuka puasa walau tidak semewah orang lain yang berbuka di hotel berbintang. Anak-anak masih bergembira menikmati rezeki yang tuhan beri. Walau harga makanan kian mahal dan kian melambung dan yang pastinya esok harga minyak naik lagi. Moga merdeka ini tidak menjadikan aku lalai akan nikmat yang telah diberi,kerana nikmat ini bisa pergi jika tidak di jaga

7 ketul kuih buah melaka yang besar sikit dari saiz guli ni berharga 2 ringgit. Kuih semudah ini di buat mempunyai nilai yang tinggi sekarang dan tahun hadapan mungkin harganya menjadi 5 biji 2 ringgit. Walaupun masa beli aku 2 kali tanya 'akak' tu betul ke 2 ringit,macam tak percaya
Friday, August 28, 2009
salam Merdeka
SeLaMat MeNyamBUt haRi KemERdeKaaN nEgAra yaNG kE 52semoga kita merdeka rohani dan jasmani dari perkara-perkara yang buruk
******
Bila negara kita merdeka? Jawapannya tanggal 31 Ogos 1957.
Bila Malaysia Merdeka?Jawapannya Malaysia tak pernah merdeka sebab Malaysia tak pernah di jajah...betul ke ni?yang ini aku tak belajar masa sekolah dulu. Jadi kenapa di sebut Malaysia Merdeka? Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963 setelah kemasukan Sabah dan Serawak. Jika Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun, Sabah dan Serawak baru merdeka 46 tahun dalam Malaysia.
Tanah Melayu mula di jajah oleh bangsa asing apabila Melaka telah di tawan Portugis tahun 1511. Yang ini aku ada belajar masa di sekolah dan ini bererti selama 446 tahun Tanah Melayu di jajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga kita di beri kemerdekaan oleh Inggeris pada tahun 1957. Dalam tempoh kita di jajah telah berapa banyakah pertumpahan darah berlaku ,jadi dalam buku sejarah mengatakan tiada pertumpahan darah berlaku adalah tidak tepat,betul ke? Pejuang-pejuang Melayu seperti Mat Kilau, Datok Bahaman dan ramai lagi terkorban untuk pembebasan , jadi jangan kita kata tiada pertumpahan darah...betul ke?sebab apa yang aku belajar di sekolah tak sebut perkara-perkara ini. Sebutan merdeka hanya timbul bila Allahyarham Tunku Abdul Rahman ingin mencari laungan yang akan dibuat semasa sambutan tamatnya penjajahan inggeris. Selain dari laungan merdeka ada juga cadangan laungan hidup Melayu ( tah berapa lama melayu mati ). Itu sebabnya R.Azmi menyanyikan lagu 'tanggal 31' tidak menyebut Malaysia ( lagu ini di cipta sempena kemerdekaan negara )...betul ke?
Betul ke laungan merdeka berlaku pada malam 31 Ogos...yang ini aku tak pasti,yang pasti apabila jam detik 12 malam 31 Ogos berbunyi ,maka laungan merdeka di lakukan. Jadi laungan merdeka sebenarnya berlaku pada 1 september dan jika pada 12 malam itu baru bermula di naikan bendera dan lagu 'negara ku' berkumandang maka kemerdekaan berlaku pada 1 september...kerana 12.01 telah masuk hari lain. Lagu negara ku pula adalah dari lagu 'terang bulan' yang menjadi lagu rasmi negeri Perak dan kemudian dijadikan lagu negara ku.
walauapapun...itu semua sekadar provokasi minda aku...kalau jawab dalam periksa pasti kantoi..he2
Salam merdeka
Subscribe to:
Posts (Atom)
