Monday, November 16, 2009

dari teman





Pada 10 nov. lepas diadakan bermesyuarat mengenai adat melayu yang di pengerusikan oleh Prof.Dr.Siti Zainun. Antara yang hadir adalah teman dalam kebudayaan Selangor Dr. Ibrahim Ghafar. Dalam mesyuarat duduk sebelah dia dan dalam mesyuarat juga dia telah menghulurkan dua naskah antologi puisi beliau...apa lagi sambar aje la...he2...Orang bermesyuarat aku buat mesyuarat lain...nasib baik prof. ok...
Dr. Ibrahim Ghaffar ini adalah salah seorang bekas student art and design tahun 70an dalam fine art ITM Jalan Othman, PJ, Beliau mengambil sarjana Art History di University of Berlin, Jerman Barat dan seterusnya Ph.D. Polotical Science, Public Administration dari Pacific Western University State of Hawai, USA tahun 1994. Anak Jawa kelahiran Kampong Bagan Terap, Selangor.

Sesekali bosan melanda....maka membaca puisi adalah satu yang mengasyikan....

Thursday, November 12, 2009

Al Haj

labaikallah hu malabaiq....panggilan haji telah tiba lagi ,maka rindu ku kepada rumah Allah betambah tambah...lihatlah betapa ramainya orang sedang beribadat di masjidil haram...alhamdullillah...allahuakbar....

ni gambar blogger kenangan terindah,tuan zawal al haj yang baru sahaja dapat berjumpa rakan blogger di tanah suci mekah manzlie.(Gambar ni saya ambil dari blog beliau http://manzlie-makkah.blogspot.com ). Sebenarnya aku telah meminta zawal membuka blog manzlie sebelum dia bertolak ke mekah pada 23 oktober lepas dan dia telah mendapatkan kontek dan berhajat untuk berjumpa manzlie bila tiba di Mekah. Alhamdullilah hajat beliau tertunai.( cemburu aku melihat kau di sana di Al haram)
*******
Pada cadangan awalnya memang aku telah merancang untuk bersama mereka ke tanah suci dan segala persedian telah di atur tapi apakan daya belum tertunai hajat kerana ada beberapa masalah mendatang. Sedih memang la sedih tapi insaAllah jika di murahkan rezeki dan kesihatan serta di permudahkan segala urusan aku pasti sampai kesana.

Ketengangan , kesyahduan ,keinsafan dan segala rasa selama aku berada di Mekah awal bulan dua hari tu membuat jiwa aku meruntun untuk datang lagi mengadap rumah tua MU YA ALLAH. Aku rindu untuk mengucup Hajar Aswad untuk kesekian kalinya, beribadat dari terbenam matahari hingga terbit cahaya di ufuk......Labaikala sari kala kala baiq.....

******
moga kepada mereka yang mengerjakan haji tahun ini di berikan haji yang mabrur...insaallah...

Monday, November 9, 2009

surprise!!!!!

surprissssssssseeeeeeeeee!!!!!!!

setelah menunggu selama dua bulan ( oktober ke november )
maka pada 6 november 2009 bersamaan hari jumaat 18 zulkaedah ,sabuah kontena telah melintas hormat di depan pejabat aku...laju berlalu tanpa singgah....
di belakang kontena tersebut sabuah van yang mengekori rapat telah membelok ke kanan memasuki jalan masuk ke opis aku. Van yang tertulis di badannya ' langit jaring' berhenti di depan opis aku,dan sabuah bungkusan telah di serahkan di kaunter. Bungkusan yang tertulis nama aku telah diterima dan telah di hantar ke bilik aku oleh staf bahagian kaunter.

Bungkusan apakah ini....di anggarkan seberat 10 kilo kerana terdapat saekor 'gecko' telah melekat di bungkusan.....
.
;
'
,
.
:



DEER AREH,..ALL THE BEST OF EVERYTHIN'! WE'RE 'ERE SOKMO IN KMAMANG!...atip & Fa and kids ( ni apa yang di tulis kat plastik bungkusan )
dan terdapat satu bungkusan plastik hitam bila di buka....
setelah di buka lagi terdapat lagi satu bungkusan bergambar sudu garpu senduk....


........dan inilah dia hadiah yang telah di janjikan dalam peraduan teka silang menyilang siapa anak dan bapa oleh http://aintsuperwoman.blogspot.com/
************
terima kasih kepada tuan dan puan berdua....

Thursday, November 5, 2009

menang

ini adalah logo hasil ciptaan aku yang pertama memenangi peraduan mencipta logo masa di ITM tahun 1984. Logo ni asalnya hanya bahagian keris sahaja tiada kotak dan kerawang . Asal nama kelab Shah Alam ni ialah Kelab Sultan Alam Shah. Dapat lah hadiah 3 ribu hasil pertandingan ni,tapi aku hanya dapat 2,500 sahaja setelah di potong oleh pihak ITM. Duit hadiah ni aku buat beli motor yamaha Y80 dan dengan selamatnya motor ni telah menjadi tukun tiruan setelah banyak berjasa.