Thursday, November 12, 2009

Al Haj

labaikallah hu malabaiq....panggilan haji telah tiba lagi ,maka rindu ku kepada rumah Allah betambah tambah...lihatlah betapa ramainya orang sedang beribadat di masjidil haram...alhamdullillah...allahuakbar....

ni gambar blogger kenangan terindah,tuan zawal al haj yang baru sahaja dapat berjumpa rakan blogger di tanah suci mekah manzlie.(Gambar ni saya ambil dari blog beliau http://manzlie-makkah.blogspot.com ). Sebenarnya aku telah meminta zawal membuka blog manzlie sebelum dia bertolak ke mekah pada 23 oktober lepas dan dia telah mendapatkan kontek dan berhajat untuk berjumpa manzlie bila tiba di Mekah. Alhamdullilah hajat beliau tertunai.( cemburu aku melihat kau di sana di Al haram)
*******
Pada cadangan awalnya memang aku telah merancang untuk bersama mereka ke tanah suci dan segala persedian telah di atur tapi apakan daya belum tertunai hajat kerana ada beberapa masalah mendatang. Sedih memang la sedih tapi insaAllah jika di murahkan rezeki dan kesihatan serta di permudahkan segala urusan aku pasti sampai kesana.

Ketengangan , kesyahduan ,keinsafan dan segala rasa selama aku berada di Mekah awal bulan dua hari tu membuat jiwa aku meruntun untuk datang lagi mengadap rumah tua MU YA ALLAH. Aku rindu untuk mengucup Hajar Aswad untuk kesekian kalinya, beribadat dari terbenam matahari hingga terbit cahaya di ufuk......Labaikala sari kala kala baiq.....

******
moga kepada mereka yang mengerjakan haji tahun ini di berikan haji yang mabrur...insaallah...

3 comments: