Monday, August 31, 2009

cuti



Merdeka hari ni tidur ku lama dan lena kerana hari cuti. Anak -anak tidur tak di ganggu hingga dinihari, mimpi indah disiang hari. Tengahari aku bawa si kecil ke Jusco Bukit tinggi jalan-jalan melihat apa yang boleh di beli. Penuh sesak hari merdeka ini dengan orang ramai ,mungkin membeli pada hari akhir mega sale pada hari ini. Bawa anak bermain di tempat mainan kanak-kanak yang penuh dengan mesin yang memerlukan token untuk bermain. Terbang duit 10 ringgit untuk melayan sikecik bermain, ada masa mesin permainan aku sepak dua tiga kali kerana telan token tapi mesin tak berfungsi. Anak kecil seronok bermain dari satu mesin ke satu mesin dengan imiginasi,inilah dia berkat kemerdekaan hari ini.

Bila penat aku bawak ke McD belikan makanan yang disertakan permainan percuma,yang sebenarnya aku rasa beli mainan ,percuma makanan,satu strategi perniagaan yang bijak. Sambil melayan anak makan aku lihat tiga buah kerete Nissan FairladyZ baru yang nilainya pasti ratusan ribu sebuah, berpusing-pusing yang kononnya mencari parkir. Sambil menekan minyak bagi bunyi mengaum untuk tarik perhatian orang disekelililing. Dengan cermin tingkap dibuka aku lihat muka-muka anak muda generasi merdeka berlagak dengan kereta yang pastinya pembelian oleh keluarga mereka. Rezeki mak bapak untuk digayakan oleh anak-anak,murahnya rezeki mereka di bumi bertuah ini, aku cuma mampu melihat sahaja.

Alhamdullilah merdeka hari ini aku masih mampu membeli juadah berbuka puasa walau tidak semewah orang lain yang berbuka di hotel berbintang. Anak-anak masih bergembira menikmati rezeki yang tuhan beri. Walau harga makanan kian mahal dan kian melambung dan yang pastinya esok harga minyak naik lagi. Moga merdeka ini tidak menjadikan aku lalai akan nikmat yang telah diberi,kerana nikmat ini bisa pergi jika tidak di jaga

7 ketul kuih buah melaka yang besar sikit dari saiz guli ni berharga 2 ringgit. Kuih semudah ini di buat mempunyai nilai yang tinggi sekarang dan tahun hadapan mungkin harganya menjadi 5 biji 2 ringgit. Walaupun masa beli aku 2 kali tanya 'akak' tu betul ke 2 ringit,macam tak percaya

Friday, August 28, 2009

salam Merdeka

SeLaMat MeNyamBUt haRi KemERdeKaaN nEgAra yaNG kE 52
semoga kita merdeka rohani dan jasmani dari perkara-perkara yang buruk

******
Bila negara kita merdeka? Jawapannya tanggal 31 Ogos 1957.
Bila Malaysia Merdeka?Jawapannya Malaysia tak pernah merdeka sebab Malaysia tak pernah di jajah...betul ke ni?yang ini aku tak belajar masa sekolah dulu. Jadi kenapa di sebut Malaysia Merdeka? Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963 setelah kemasukan Sabah dan Serawak. Jika Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun, Sabah dan Serawak baru merdeka 46 tahun dalam Malaysia.

Tanah Melayu mula di jajah oleh bangsa asing apabila Melaka telah di tawan Portugis tahun 1511. Yang ini aku ada belajar masa di sekolah dan ini bererti selama 446 tahun Tanah Melayu di jajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga kita di beri kemerdekaan oleh Inggeris pada tahun 1957. Dalam tempoh kita di jajah telah berapa banyakah pertumpahan darah berlaku ,jadi dalam buku sejarah mengatakan tiada pertumpahan darah berlaku adalah tidak tepat,betul ke? Pejuang-pejuang Melayu seperti Mat Kilau, Datok Bahaman dan ramai lagi terkorban untuk pembebasan , jadi jangan kita kata tiada pertumpahan darah...betul ke?sebab apa yang aku belajar di sekolah tak sebut perkara-perkara ini. Sebutan merdeka hanya timbul bila Allahyarham Tunku Abdul Rahman ingin mencari laungan yang akan dibuat semasa sambutan tamatnya penjajahan inggeris. Selain dari laungan merdeka ada juga cadangan laungan hidup Melayu ( tah berapa lama melayu mati ). Itu sebabnya R.Azmi menyanyikan lagu 'tanggal 31' tidak menyebut Malaysia ( lagu ini di cipta sempena kemerdekaan negara )...betul ke?

Betul ke laungan merdeka berlaku pada malam 31 Ogos...yang ini aku tak pasti,yang pasti apabila jam detik 12 malam 31 Ogos berbunyi ,maka laungan merdeka di lakukan. Jadi laungan merdeka sebenarnya berlaku pada 1 september dan jika pada 12 malam itu baru bermula di naikan bendera dan lagu 'negara ku' berkumandang maka kemerdekaan berlaku pada 1 september...kerana 12.01 telah masuk hari lain. Lagu negara ku pula adalah dari lagu 'terang bulan' yang menjadi lagu rasmi negeri Perak dan kemudian dijadikan lagu negara ku.

walauapapun...itu semua sekadar provokasi minda aku...kalau jawab dalam periksa pasti kantoi..he2

Salam merdeka

Wednesday, August 26, 2009

ketupat


dah nak raya ni antara makanan/hidangan wajib misti ada adalah ketupat. Berapakah jenis ketupat yang kita tahu? Berapa banyakah jenis ketupat yang kita pandai anyam?
antara jenis ketupat yang saya dapat kenalpasti dan masih banyak lagi yang belum di temui. Jika mungkin ada yang tahu ,boleh lah kita berkongsi cerita.

1.Ketupat sate
2.Ketupat pasar/sintok
3.Ketupat bawang
4.ketupat manggis
5.ketupat belangkas
6.ketupat pahang
7.ketupat kembar
8.ketupat burung

9.ketupat burung ( empat daun )
10.ketupat gunung
11.ketupat genap/bungkus
12.ketupat tapak badak
13.ketupat kancil
14.ketupat bantal
15.ketupat kepala kerbau
16.ketupat manggis (lapan kelopak)
17.ketupat beranak ( dua )

18.Ketupat beranak ( tiga )
19.ketupat gong
20.ketupat potong wajik/klang
21.ketupat ikan
22.ketupat hati

23.Ketupat kerbau

Tuesday, August 25, 2009

1 Malaysia

1 Bulan Ramadan.....Puasa Di utamakan,Ibadah Didahulukan...

*******
petang ni nak beli ais batu yang ketul besar ( 3'x3') yang berbungkus guni bersalut habuk kayu dan di letak dalam peti kayu. Aku nak tolong pakcik yang jual tu gergaji ais ketul tu ( pakai gergaji kayu balak ),potong-potong ikut saiz...bungkus pakai kertas surat khabar....he2...kat mana ada jual..kalu beli kena nak dekat waktu berbuka takut ais cair....

Saturday, August 22, 2009

sms ramadhan

biasa la bila masuk bulan ramadhan ni banyaklah sms yang masuk menghantar ucapan salam ramadhan al mubarak. Terima kasihlah pada yang menghantarnya dan antara sms-sms yang agak menarik dan ada yang telah berulang tayang beberapa tahun aku terima. Di sini aku letakan antara beberapa sms tersebut;

"SLMT SETTING NiaT,UPGRaDE thP ImaN,DWNLOaD sBR,UPLOaD uSaHa,DEleTE aNgAn2,juga jgN LUpa ToP Up iLmU. SLmt MymBut RaMadHan AL-MuBaRak...Chu"

"Assalamualaikum.Saudara dan sahabat sekelian.Selamat menyambut Ramadhan,semoga mendapat rahmat,keampunan dan dijauhkan azab neraka.Terima kasih-muzamil"

"Moga2 Allah jadikan pagi mu cahaya,zohormu gembiraa,asarmu bahagia,maghribmu keampunan,isyakmu keberkatan dan doamu tidak di tolak dan diluaskan rezeki mu serta ianya tidak diambil balik dan dibuka pada mu pintu syurga tanpa sempadan....Selamat sambut bulan ramadhan almubarak....Mak Uda "

"Pesan Imam Al-Ghazali,yg dekat itu MATI,yg jauh itu MASA,yg besar itu NAFSU,yg berat itu AMANAH,yg ringan itu SOLAT,yg tajam itu LIDAH,yg seronok itu DOSA,....moga Ramadhan memberi kita seribu keinsafan.Selamat beramal dan beribadat dibulan mulia dan di berkati ini.Hj Sulaiman"

....aku jawab..."salam dan terima kasih....selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak,moga segala amalan kita di terima...insaAllah"

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

teropong

hari ni tengok anak bulan untuk puasa
nampak bulan esok kita puasa
tak nampak bulan sabtu kita puasa
yang datang bulan esok ke sabtu tak boleh puasa
yang cukup bulan jangan tak puasa

Wednesday, August 19, 2009

salam

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

HUKUM MEMBERI SALAM
Sunat Muakkad bagi perseorangan dan Sunat Kifayah bagi perkumpulan.
Menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardu kifayah bagi perkumpulan.

ORANG YANG PATUT MENDAHULUKAN SALAM
1. Yang berjalan kepada yang duduk.
2. Yang muda pada orang yang tua.
3. Yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki.
4. Yang berada diluar kepada yang berada didalam.
5. Yang berada dibelakang kepada yang berada didepan.
6. Yang hendak meninggalkan majlis kepada yang berada dalam majlis.

ORANG YANG MAKRUH DIUCAPKAN SALAM KEPADANYA
1. Orang yang sedang azan atau iqomah.
2. Orang yang sedang mengajar ilmu agama.
3. Orang yang sedang membaca al-Quran.
4. Orang yang sedang qada hajat.
5. Orang yang memusuhi Islam dan orang kafir.
6. Ahli bid'ah atau orang yang mengganggu lalu-lalang atau berbual kosong.
7. Ahli maksiat termasuk orang yang tidak menutup aurat.

ORANG YANG TIDAK WAJIB MENJAWAB SALAM
1. Orang yang sedang sembahyang
2. Orang yang sedang qada hajat
3. Orang yang sedang mengajar
4. Orang yang menerima salam sedang bercakap-cakap dengannya

KELEBIHAN DAN HIKMAH MEMBERI SALAM
1. Mendapat keredaan Allah
2. Mendapat doa dari Malaikat
3. Mendukacitakan iblis
4. Membersihkan hati dan melahirkan kemesraan serta mengukuhkan persaudaraan Islam.

walallahua'lam

*******
PASIR MAS: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan meningkatkan siaran radio berteraskan konsep 1Malaysia dalam semua rancangannya yang berbentuk hiburan santai. BH

sebab itu lah agaknya sekarang dj-dj di RTM bila mula bicara terutamanya pembaca warta berita akan menyebut " salam satu Malaysia "...yang ini aku konpius sikit...kita nak jawab apa?

kuburan

Tiada pilihan... Penduduk terpaksa berkampung di atas kawasan tapak tanah perkuburan masyarakat Cina di Kampung Titian Lembut, Jalan Pusara, Kuala Terengganu.
- utusan/Fauzi Baharudin
Begitulah yang boleh diumpamakan kepada lebih 30 penduduk Kampung Titian Lembut, Jalan Pusara apabila hampir kesemua mereka mendirikan kediaman mereka di atas tanah perkuburan masyarakat Cina atau lebih dikenali dengan perkampungan jirat Cina
******
Ini agaknya yang di katakan konsep satu Malaysia. Dah lebih 20 tahun penduduk disini menetap dan berumah tangga serta beranak pinak...pelik tapi tak menghairankan. Agaknya selalu lah mereka terjumpa hantu cina yang lompat2 tu.

Tuesday, August 18, 2009

Usain Bolt

'Saya tidak berlari untuk rekod dunia'

BERLIN: Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memusnahkan rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter untuk memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia dengan kepantasan menakjubkan - 9.58 saat dalam final acara berkenaan, kelmarin. Lelaki Terpantas Dunia itu mencantas 0.11 saat daripada catatan 9.69s dilakukannya ketika memenangi emas Sukan Olimpik Beijing, setahun lalu untuk membawa acara pecut itu ke zon masa yang tidak pernah termimpi sebelum kehadirannya. BH
******
Hebat dan luarbiasa budak Usain ni...macam nama kawan aku kat kampong aje. Tapi ni budak kampong kat Jamaica ,bukan anak Pakcik Husin Leleh kat kampong Sg. Dusun.

Aku masa kat sekolah suka gak acara lari-lari ni terutama lari dari cikgu yang nak rotan aku. Aku nak beritahu , yang aku pernah juga menang dalam acara lari-lari ni. Hadiah pertama aku dapat bagi acara lari-lari ni adalah masa darjah satu,iaitu acara sukan rumah-rumah. Aku masuk acara lari sambil makan biskut...hahahaha...hebat gak aku ...acara ni lari 20 meter berhenti dan makan biskut marrie yang di gantung ngan tali,abis makan lari lagi 30 meter ke garisan penamat...kacang sahaja la...siap dapat nombor satu lagi. Kalau ikut catatan masa guru besar sekolah ,aku telah memecah kan rekod dunia ( dunia angan ku ). Kalau setakat Usain Bolt nak lawan ngan aku mahu dia dapat nombor satu dari belakang...he2. Dan yang paling aku tak boleh lupa aku dapat naik atas pentas yang ada tulis no 1,2,3 tu.....dapat hadiah yang di bungkus cantik...bila buka hadiahnya adalah 6 biji gelas minuman...hahahaha....gelas yang mak aku pakai buat hidang minuman pada jiran jiran dan cerita kat mereka gelas tu aku yang dapat dari pertandingn lari-lari....bangga-bangga...he2

Masa aku dalam tingkatan tiga ada satu cerita menarik yang bila aku ingat misti senyum sendiri .Cerita ini adalah semasa acara sukan sekolah ,iaini pertandingan antara rumah-rumah yang memang setiap tahun di buat. Aku dalam rumah hijau dan aku tak masuk apa-apa acara sukan pasal gagal dalam pemilihan awal dan yang pasti tak ada acara lari makan biskut, kalau tak dah tentu aku terpilih. Yang aku nak cerita adalah pasal kawan aku nama dia Firdaus masuk acara 800 meter. Dia memang minat acara jarak jauh ni dan siap berlatih berlari setiap hari dan antara peserta favourite.

Bila acara 800 meter bermula si firdaus ni dengan penuh bersemangat memulakan larian dengan pantas dan meninggalkan peserta-peserta lain jauh di belakang. Dia berlari dengan berkaki ayam sahaj tapi larian dia konsintan,laju semacam aje. Bila dah 400 meter tiba-tiba dia berlari kebawah kemah rumah hijau dan dengan tercungap-cungap dia cakap kat aku nak ambil angin sekejap dan lepas tu apa dia cakap......."lepas rehat dan pelari lain dah lari satu pusingan aku akan masuk balik lawan mereka balik"....ehehe..."boleh ke?" aku tanya...dengan selamba dek je dia cakap "apa pasal tak boleh". Cikgu rumah hijau dari jauh aku lihat berlari datang ke kemah mungkin nak tahu apa yang telah berlaku. Aku dan kawan-kawan lain tersengih-sengih saja dan siap bagi semangat lagi suruh dia lari lagi laju. Belum sempat cikgu rumah sampai ke kemah si Firdaus dah berlari masuk ke trek dan terus berlari dengan laju dengan memotong peserta lain bagi menghabiskan larian yang dia tinggalkan tadi....

Yang buat aku tergamam kejap, tiba-tiba satu padang terjerit-jerit,dan aku lihat dua tiga orang guru termasuk pengadil berlari mengejar Firdaus mengarahkan agar keluar trek...hahaha...apa punya lawak,aku dan kawan-kawan kat kemah yang pada mulanya terjerit-jerit beri sokongan terus terkedu dan senyap. Firdaus aku tengok muka dia muka terkejut dan pengadil telah menahan dia dan mengarahkan dia kembali ke kemah. Bila sampai ke kemah cikgu aku pun mula bersoal jawab,yang Firdaus ni pun satu buat peraturan sendiri pulak ,dah tak tahu tak bertanya dan aku pun tak tau jugak. hahaha....Kesian aku tengok si Firdaus ni...merungut-rungut gak dia...kesal tak sudah kata orang atas kesilapan aka kebodohan sendiri.

Selepas tingkatan tiga aku tak pernah lagi jumpa kawan aku ni pasal dia kantoi SRP dan terus menghilang diri. Semoga dia telah berjaya dalam hidup dan kalau dia mengikuti perkembangan kejayaan Usain Bolt ni tentu dia akan tersenyum sendirian mengenang kisah silam beliau dalam acara lari-lari ni....

Monday, August 17, 2009

maaf di pohon

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Aamiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan: yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON JUTAAN AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, tidak disengaja maupun yang disengaja, mahupun dari kata-kata ,perbuatan ataupun penulisan ,semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.


Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan,
yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku di sepanjang perkenalan kita.

Saturday, August 15, 2009

Friday, August 14, 2009

gula

PUTRAJAYA 11 Ogos - Bekalan gula di seluruh negara dijangka pulih sepenuhnya sebelum hujung minggu ini sekiranya orang ramai tidak melakukan pembelian panik terhadap bahan tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pihaknya telah menambah sebanyak 20,000 metrik tan gula di pasaran tempatan dan ia memang mencukupi.
Beliau berkata, pihaknya turut memaklumkan kepada pengilang gula utama di negara ini supaya menambahkan jumlah pengeluaran masing-masing minggu lalu.Utusan Malaysia

********
semalam aku mencari gula kerana gula kat rumah habis kerana telah di tumpah sengajakan oleh sikecik anak aku setelah tak sampai sehari aku mengisi bekas gula tersebut. Dah bukan rezeki tak boleh nak salahkan dia walaupun si kakak membising. Balik dari kerja aku ke kedai runcit di Kg.Pendamar ( kedai yang selalu aku cari barang dapor ),nasib tak baik gula habis ,dah dua hari kata tokey kedai. Aku pergi ke kedai runcit lain,aku tanya ada gula tak bang. Abang kedai tu cakap tunggu kejab nak tengok...tak sampai seminit dia datang bawa sekilo gula...berapa harga bang...RM2.50...aku senyum aje la sambil bayar. Harga sekilo barang kawalan ni sepatutnya dalam RM1.50 sahaja,jadi berapa abang kedai ni dah kaut untung....

Aku teringat ceramah ustaz kat surau aku minggu lepas cerita pasal kapitalis yang mengawal ekonomi negara. Menteri hanya buat kenyataan sahaja dan sebenarnya bagi aku dia tahu apa yang sebenarnya berlaku antara pengilang dan pengedar gula. Setiap musim perayaan besar ini sahaja lah masalah yang akan kita hadapi terhadap bekalan bahan makanan. Barang kawalan kononnya...tapi sebenarnya ia telah mengguntungkan para kapitalis ini...orang kampong cakap lintah darat yang mengaut ke untungan dari kesusahan orang lain...kerajaan boleh buat ape ,nak ugut para kapitalis ni...sejauh mana atau berani-berani kucing sahaja.

abang kedai tu kapitalis kecil-kecilan yang aku tak tau apa nawaitu dia berniaga...dan aku adalah salah saorang yang jadi mangsanya. Nak lapor ke tribunal?entah...kesian?entah...malas?entah...abih tu nak terima sahaja?...tidak juga...hahaha...(gelak marah)

50 juta

KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.
Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia. Oleh NOOR FAZRINA KAMAL,Utusan Malaysia 13/8/09

*******
50 juta orang mati di seluruh dunia akibat influenza A...ya Allah betapa ramai umat manusia mati kerana wabak ini. Sekarang setelah 90 tahun ,wabak ini menyerang kembali dan sehingga hujung tahun jika wabak ini tidak dapat di kawal berapa ramai kah yang akan jadi korban???Betapa takutnya kita bila melihat angka-angka ini makin meningkat dan meningkat dan meningkat...kemana kita hendak lari dari wabak ini kerana ia berada disekitar kita tanpa kita sedari.

moga Allah melindungi kita dan keluarga kita.

Thursday, August 13, 2009

lelaki


4 Golongan Lelaki Yang Di Tarik Wanita Ke Neraka

Pertama : Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abang

nya pula .....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman


ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,

DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
wallahhua'lam
******
sesungguh besar tanggungjawab saorang lelaki bergelar ayah,suami dan anak.

13 ogos 2009 , 12.00 tgh.

51 korban H1N1, setakat ini

Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 51 orang apabila tujuh lagi kematian dilaporkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tujuh kematian itu membabitkan pesakit berumur antara empat bulan dan 92 tahun.
****
kerajaan sepatutnya telah buat sesuatu dengan pantas ,tak akan nak tunggu ada menteri atau orang kenamaan mati baru nak sibuk. Menteri Kesihatan tak perlu lah tiap hari buat sidang akhbar umum jumlah kematian sahaja,itu kerja budak pejabat pun boleh buat. Tak akan hanya suruh rakyat pakai mask,basuh tangan,dan pergi jumpa doktor bila sakit...kena buat sesuatu dengan pantas bukan pantau sahaja. Rakyat sudah mula panik sebab dah tak boleh pergi piknik. Kalau duit PKZ 10 juta boleh beri pada ahli politik tak akan tak ada duit nak belanja buat beli peralatan saringan pada semua hospital dan sekolah. Jangan cakap sahaja...ha.. ni kan dah marah dah ni...cuma belum tahap gaban aje lagi...

alfatihah


Asri Rabbani meninggal dunia
Aug 13, 09 11:59am
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian.


Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan


Monday, August 10, 2009

cekodok geragau

cekodok hari cuti untuk sarapan pagi untuk aku dan anak-anak...bangun pagi ngemas rumah,pas tu gi dapur amik tepung...tak pikir panjang terus buat cekodok...he2..ini je yang paling cepat dan ringkas yang aku pandai buat. Kalau tidak bila cuti aje keluar rumah pergi kedai beli canai la ape lagi. Pagi tu aku buat satu pinggan je cekodok geragau ni...rupa-rupanya tak cukup,anak-anak suka pulak makan dengan cicah sos cili....he2...masing puji sedap ayah buat tu yang sebelah petang kena buat lagi....

minum petang dengan dua pinggan cekodok geragau...ha2...sampai tak larat nak menghabiskan nya...

letup-letup


buah letup-letup...nama buah liar yang aku panggil sebab nama yang dipeturunkan oleh abah dan pakcik-pakcik kat kampong. Nama sebenar tak tau pulak aku,nama sains lagi la tak tau pasal cikgu tak ajar. Buah ni sedap gak di makan bila dah masak (warna kuning). Masa kat kampong bila masa masuk kebun kat kampong buah ni la aku dan kawan kawan makan..banyak makan cari air..ha2...dahaga. Buah letup-letup ni hidup menjalar atas pagar belakang rumah aku yang di tanam secara tidak sengaja oleh jiran aku.


ha.. ini dia keadaan belakang rumah jiran aku...yang menjalankan usaha bumi hijau sebagaimana menyahut seruan kerajaan. Sudah la malas menebas rumput lalang belakang rumah,siap pindahkan semak ke rumah aku pulak...sudah la aku pun sama malas...sebulan tak sekali menebas ,mencabut dan membersih belakang rumah, ni dibiar pokok menjalar pulak keseberang. Apa nak buat nak tegur serba salah gak,tahun lepas belakang rumah dia penuh dengan pokok hutan lepas kena amaran dengan MPK baru dia bersihkan.ni dia biarkan lagi bumi hijau belakang rumah dia. Nak ku tembok belakang rumah tak berduit jadi....kemas rumah sendiri dan pejam mata aja la....

Friday, August 7, 2009

arak

MB: Tiada larangan menyeluruh jualan alkohol di S'gor
Aug 7, 09 1:33pm
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri".Langkah ini bagaimanapun bersifat sementara kerana garis panduan lengkap tentang penjualan minuman itu akan disiapkan dalam tempoh sebulan, katanya lagi.Beliau memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam pagi ini. Isu penjualan alkohol di Selangor meledak semula awal minggu ini apabila Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam. Malaysiakini


dalam pada itu kena ucap terima kasih gak pada YB Ronnie tu pasal dia telah membuka mata para pemimpin islam yang lain pasal penjualan arak ni yang di buat secara leluasa di kedai seven-e. Dulu orang ramai bising kerajaan buat senyap sahaja,bila dah berlaku kontroversi ni baru menggelabah nak buat akta baru...

Thursday, August 6, 2009

Rejab - Sya'aban - Ramadhan

* Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

*Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

*Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

*Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

*Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

*Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

pesanan dan ingatan ayat ayat di atas aku tahu tapi aku selalu tak ingat,aku tahu aku kena buat tapi aku selalu lalai,aku tahu aku kena tingkatkan amalan tapi aku selalu tinggalkan...aku takut akan semua dosa-dosa aku dan dosa yang membayangi aku...tapi aku selalu mengatakan aku manusia yang lemah...tapi aku jarang berusaha untuk berubah,aku selalu mendoakan syurga tapi aku selalu tidur dalam jaga. Kemana aku,dimana aku selepas ini...Allahuakbar

Tuesday, August 4, 2009

sakit

malam semalam bawa anak jumpa doktor bagi mendapatkan rawatan kerana demam. Sekarang bila demam sahaja jadi risau itu yang lekas lekas bawa jumpa doktor. Klinik biasa untuk dapat rawatan klinik raju,dan seperti selalu klinik tu sentiasa ramai orang/pesakit pasal klinik ni menawarkan harga yang agak murah sedikit. Malam tu pulak ramai yang datang nak buat rawatan kerana demam mungkin kerisauan penyakit HINI yang kian merebak. Selepas setengah jam menunggu nama izzat di panggil masuk,aku tak masuk duduk luar sama isha,tak sampai 3 minit dah keluar, tak dan nak balas sms,aku tanya apa pasal kejab sangat. Dia cakap doktor sahkan demam biasa...alhamdullilah...tapi yang tak puas hati sikit ,izzat cakap doktor hanya check degupan jantung dan rasa badan sikit...sudah. Senang je...orang risau dia check sempoi je...Lepas tu bila nak bayar dia charge 26 inggit...wah sudah naik harga oooo...biasa kat klinik ni kalau demam dia charge dalam 20 ke 21 inggit sahaja...macam ambil kesempatan saje.

Tapi nak buat camane,dah hendakan perkhidmatan cepat ,bayar saje la ..kalau nak murah lagi pergi la klinik kerajaan bayar 2 inggit. tapi jangan lupa tunggu giliran 4 jam la...dan hanya waktu pejabat sahaja untuk kes-kes biasa,

demo





demo menentang Malayan Union




demo menentang ISA