Merdeka hari ni tidur ku lama dan lena kerana hari cuti. Anak -anak tidur tak di ganggu hingga dinihari, mimpi indah disiang hari. Tengahari aku bawa si kecil ke Jusco Bukit tinggi jalan-jalan melihat apa yang boleh di beli. Penuh sesak hari merdeka ini dengan orang ramai ,mungkin membeli pada hari akhir mega sale pada hari ini. Bawa anak bermain di tempat mainan kanak-kanak yang penuh dengan mesin yang memerlukan token untuk bermain. Terbang duit 10 ringgit untuk melayan sikecik bermain, ada masa mesin permainan aku sepak dua tiga kali kerana telan token tapi mesin tak berfungsi. Anak kecil seronok bermain dari satu mesin ke satu mesin dengan imiginasi,inilah dia berkat kemerdekaan hari ini.
Bila penat aku bawak ke McD belikan makanan yang disertakan permainan percuma,yang sebenarnya aku rasa beli mainan ,percuma makanan,satu strategi perniagaan yang bijak. Sambil melayan anak makan aku lihat tiga buah kerete Nissan FairladyZ baru yang nilainya pasti ratusan ribu sebuah, berpusing-pusing yang kononnya mencari parkir. Sambil menekan minyak bagi bunyi mengaum untuk tarik perhatian orang disekelililing. Dengan cermin tingkap dibuka aku lihat muka-muka anak muda generasi merdeka berlagak dengan kereta yang pastinya pembelian oleh keluarga mereka. Rezeki mak bapak untuk digayakan oleh anak-anak,murahnya rezeki mereka di bumi bertuah ini, aku cuma mampu melihat sahaja.
Alhamdullilah merdeka hari ini aku masih mampu membeli juadah berbuka puasa walau tidak semewah orang lain yang berbuka di hotel berbintang. Anak-anak masih bergembira menikmati rezeki yang tuhan beri. Walau harga makanan kian mahal dan kian melambung dan yang pastinya esok harga minyak naik lagi. Moga merdeka ini tidak menjadikan aku lalai akan nikmat yang telah diberi,kerana nikmat ini bisa pergi jika tidak di jaga
7 ketul kuih buah melaka yang besar sikit dari saiz guli ni berharga 2 ringgit. Kuih semudah ini di buat mempunyai nilai yang tinggi sekarang dan tahun hadapan mungkin harganya menjadi 5 biji 2 ringgit. Walaupun masa beli aku 2 kali tanya 'akak' tu betul ke 2 ringit,macam tak percaya
"anak kecil seronok bermain..."
ReplyDeleteTuan,
Pengalaman indah yang kita beri pada anak anak kita hari ini akan menjadi kenangan manis mereka bersama kita kelak.
Tak perlu sepak mesin, sepak saja tuan kedai tu...Heee...
Hari ni harga minyak naik lagi....esok2 harga barang pun mula naik sikit-sikit......yeaaaaaa! Seronoknyer !!! ***clap clap***
ReplyDeletebro lenon...aku sepak mesin tu pasan terpengaruh ngan cerita dalam drama atau filem bila mesin ada problam tendang dan hentak dua tiga kali..he2..nak sepak tokey tu bulan puasa pulak.
ReplyDeleteasw...yeaaaa...makin mengempislah dompet duit
Aris...mungkin dah masanya mencari "emak" baru untuk si kecil...Dapat emak untuk anak..dapat juga orang tolong buat kuih...hehehhe
ReplyDeleteroslaini..........adusssssssssss..........
ReplyDelete