Thursday, August 13, 2009

13 ogos 2009 , 12.00 tgh.

51 korban H1N1, setakat ini

Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 51 orang apabila tujuh lagi kematian dilaporkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tujuh kematian itu membabitkan pesakit berumur antara empat bulan dan 92 tahun.
****
kerajaan sepatutnya telah buat sesuatu dengan pantas ,tak akan nak tunggu ada menteri atau orang kenamaan mati baru nak sibuk. Menteri Kesihatan tak perlu lah tiap hari buat sidang akhbar umum jumlah kematian sahaja,itu kerja budak pejabat pun boleh buat. Tak akan hanya suruh rakyat pakai mask,basuh tangan,dan pergi jumpa doktor bila sakit...kena buat sesuatu dengan pantas bukan pantau sahaja. Rakyat sudah mula panik sebab dah tak boleh pergi piknik. Kalau duit PKZ 10 juta boleh beri pada ahli politik tak akan tak ada duit nak belanja buat beli peralatan saringan pada semua hospital dan sekolah. Jangan cakap sahaja...ha.. ni kan dah marah dah ni...cuma belum tahap gaban aje lagi...

2 comments:

  1. Alaa...dah lali dah dengan sikap orang atasan ni....

    Rakyat dinasihatkan, bila batuk tutup mulut...itu budak tadika pun tahu!

    Kita masih diperingkat yang terkawal
    Rakyat jangan buat sebarang spekulasi

    Dalam masa yang sama penerbangan dari luar negeri bebas macam biasa.....my mother baru balik dari Indonesia bercuti (ni pun susah jugak...nasihat dah jangan pergi) dia kata kat airport tak check apa punnnnnn.....masa dia pergi Beijing last month...belum masuk airport kat sana....orang dah datang scan semua passenger!

    Panjang pulak komen kali ni....nak marah dah niii....

    Bukan apa...sampai bila nak biar rakyat duduk dalam `comfort zone' ????

    Angka kematian tu betul ke? Entah2 lebih kot....

    ReplyDelete
  2. asw...setuju...sekarang rakyat dah mula marah...tindakan terlalu lembab...elok kalau anak menteri kesihatan tu dulu kena HINI...

    hari pejabat saya mula edarkan mask untuk staf..dan saya dahpun beli sekotak mask..yang marah lagi tu farmasi jual mask dengan harga yang cukup mahal...tanpa kawalan dari pihak kerajaan...

    ni nak tambah marah lagi ni

    ReplyDelete