Friday, August 7, 2009

arak

MB: Tiada larangan menyeluruh jualan alkohol di S'gor
Aug 7, 09 1:33pm
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri".Langkah ini bagaimanapun bersifat sementara kerana garis panduan lengkap tentang penjualan minuman itu akan disiapkan dalam tempoh sebulan, katanya lagi.Beliau memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam pagi ini. Isu penjualan alkohol di Selangor meledak semula awal minggu ini apabila Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam. Malaysiakini


dalam pada itu kena ucap terima kasih gak pada YB Ronnie tu pasal dia telah membuka mata para pemimpin islam yang lain pasal penjualan arak ni yang di buat secara leluasa di kedai seven-e. Dulu orang ramai bising kerajaan buat senyap sahaja,bila dah berlaku kontroversi ni baru menggelabah nak buat akta baru...

4 comments:

  1. Aris,
    bukan nak komen pasal isu ni. Cuma saja nak share - nama blog 'gemagong' mengingatkan saya pada cerpen salah seorang pengarang kegemaran saya, Allahyarham Razak Mamat. Tajuk cerpen beliau adalah 'Gema Gong dan Rebana Rodat'. Sebuah karya yang manarik.Pernah diadaptasi ke drama TV tapi adaptasinya kehilangan 'esen' asal dalam cerpen...

    ReplyDelete
  2. salam eta..misti menarik cerpen tu...saya tak pernah baca pulak

    ReplyDelete
  3. Memang menarik. Gaya bahasa Razak Mamat mengesankan. Kisahnya berkisar tentang konflik seorang graduan u apabila mengetahui bahawa kekasihnya adalah seorang janda. Yang menimbulkan konflik itu adalah kerana ibunya, seorang penari inang rodat yang menjadi rebutan pemuda kampung; juga janda dan jadi cemuhan dlm kalangan wanita di kampungnya. Cerpen ini saya baca semasa di ting 2 atau 3. Dan saya miliki 3 antologi karya beliau.

    ReplyDelete
  4. insaallah mungkin saya boleh cari di library untuk baca...tk atas maklumat

    ReplyDelete