Thursday, August 13, 2009

lelaki


4 Golongan Lelaki Yang Di Tarik Wanita Ke Neraka

Pertama : Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abang

nya pula .....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman


ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,

DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
wallahhua'lam
******
sesungguh besar tanggungjawab saorang lelaki bergelar ayah,suami dan anak.

4 comments:

  1. Good article, thank you.

    Kalau cintakan suami, biarlah sama2 bahagia diakhirat...wallahua`lam.

    ReplyDelete
  2. Bila gong dipalu...gongggggg..
    Salam,
    Berat sungguh tanggungjawab lelaki ni ye...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, terima kasih atas peringatan ini. Kebetulan saya ada cukup-cukup empat lelaki dalam hidup saya. Satu ayah, satu abang, satu suami dan satu anak lelaki. hmm...

    ReplyDelete
  4. asw...terima kasih,sebuah petikan artikal dari apa yang saya baca untuk diri saya terutamanya dan insaAllah pada yang sudi membacanya

    zawal...sebagai saorang pemimpin dalam sabuah keluarga memang besar tanggungjawabnya dan akan dipersoal di kemudian hari.

    accaccura...terima kasih mengikuti blog saya..moga kita sama beringat..insaAllah

    ReplyDelete