Tuesday, August 25, 2009

1 Malaysia

1 Bulan Ramadan.....Puasa Di utamakan,Ibadah Didahulukan...

*******
petang ni nak beli ais batu yang ketul besar ( 3'x3') yang berbungkus guni bersalut habuk kayu dan di letak dalam peti kayu. Aku nak tolong pakcik yang jual tu gergaji ais ketul tu ( pakai gergaji kayu balak ),potong-potong ikut saiz...bungkus pakai kertas surat khabar....he2...kat mana ada jual..kalu beli kena nak dekat waktu berbuka takut ais cair....

8 comments:

  1. Aris,
    masa kecik-kecik dulu, tiap kali balik ke rumah nenek, saya akan berjalan kaki pergi pula ke rumah sepupu. Masa pergi ambil jalan tepi pantai. Nak balik ke rumah nenek pulak, sengaja balik ikut jalan raya, sebab terpaksa lalu rumah nenek saudara yang ada kilang ais batu kecil. Dalam kilang tu ada timbunan habuk kayu yang membalut ais. Sejuk je rasa dok dalam kilang tu. Dah puas rasa sejuk baru keluar.

    Dan ada pulak orang menjual jering rebus bersalut kelapa. Makan macam tu saja, macam kita makan potato chip! Orang kelantan memang juara bab makanan yang exotic!

    Pernah rasa jering rebus bersalut kelapa?

    ReplyDelete
  2. Bukan ke selalunya orang beli ais tu nak buat ais kacang or cendol?

    Kalau nak selamat, baik buat ais sendiri je, conpirm guna air masak or air mineral....kan?

    Kak Eta, jering rebus bersalut kelapa tak pernah rasa...tapi jering tua yang ditanam, lepas tu buat ulam makan dengan sambal belacan, perghhhhhh!!! Mau 2, 3 pinggan nasi.....

    ReplyDelete
  3. eta....he2...nak kena gi kelantan baru dapat ais ketul tu ya...

    saya tak cukup exotic pasal makan-makan ni..banyak pantang larang...itu yang tak gemok2.Tapi kelantan memang terkenal dgn makanan tradisi yang banyak

    asw...saya tak makan jering walau kat kg ada pokok ni...kalau petai ok lagi

    ReplyDelete
  4. ooo..you should try jering muda yang lembut dan rangup...agaknya kalau makan petai pun you makan sikit je kot, kan? Kitorang mesti sorang satu papan! hehehe...

    kenal buah kerdas? yang ni lagi power...

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kecik..pasal beli ais batu, itu kerja saya le..kena naik basikal beli kat kedai cina..heran sungguh, masa tu tak kisah kedai cina ke..ke melayu ke...janji ada ais batu ( beli ais batu sebab tak ada peti ais le..)

    Jering kalau dimasak gulai lemak pun sedappp...

    ReplyDelete
  6. ASW, zaman orang beli ais dalam habuk kayu tu zaman talian letrik hanya dimiliki oleh orang tertentu, macam ketua kg ataupun orang gomen.
    Apabila orang makin ramai ada peti sejuk sendiri, ais bersalut habuk papan pun mengundur diri. Kilang ais nenek saudara i pun kena la tutup.
    Jering rebus bersalut kelapa tu rasanya last i makan masa umur 6/ 7 tahun kot... tapi dengarnya ada dijual di Pasar Siti Khadijah. Masalahnya kalau balik Kelantan musim raya, mintak ampun la nak pegi ke mana-mana. Jem nya ngalah KL!

    ReplyDelete
  7. salam semua,
    apasal cite makan je ni?
    tumpang sekaki, saya suka tapai ubi goreng kat Macang.Tapai pulut bungkus dengan daun getah pun sedap.
    Jering dan kerdas tu kurang sikit, tapi petai, hantu jugak, terutama kalau masak sambal tumis dengan udang. Lagi sedap kalau cicah dengan cokodok pisang.... sssllrrp.... telan air liur dah aku ...

    ReplyDelete
  8. asw..pokok kerdas ada kat belakang rumah kat kg. abah saya suka makan,saya hanya tolong kutip bila dia gugur sahaja ,makannya tidak..he2

    roslaini & eta...adus macam menyelerakan saja...kena cuba gak ni..

    bro lenon...bertambah lapar la pulak...tengahari cam ni cerita makan boleh teliur gak ,belum tengok lagi...he2

    ReplyDelete