Friday, August 28, 2009

salam Merdeka

SeLaMat MeNyamBUt haRi KemERdeKaaN nEgAra yaNG kE 52
semoga kita merdeka rohani dan jasmani dari perkara-perkara yang buruk

******
Bila negara kita merdeka? Jawapannya tanggal 31 Ogos 1957.
Bila Malaysia Merdeka?Jawapannya Malaysia tak pernah merdeka sebab Malaysia tak pernah di jajah...betul ke ni?yang ini aku tak belajar masa sekolah dulu. Jadi kenapa di sebut Malaysia Merdeka? Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963 setelah kemasukan Sabah dan Serawak. Jika Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun, Sabah dan Serawak baru merdeka 46 tahun dalam Malaysia.

Tanah Melayu mula di jajah oleh bangsa asing apabila Melaka telah di tawan Portugis tahun 1511. Yang ini aku ada belajar masa di sekolah dan ini bererti selama 446 tahun Tanah Melayu di jajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga kita di beri kemerdekaan oleh Inggeris pada tahun 1957. Dalam tempoh kita di jajah telah berapa banyakah pertumpahan darah berlaku ,jadi dalam buku sejarah mengatakan tiada pertumpahan darah berlaku adalah tidak tepat,betul ke? Pejuang-pejuang Melayu seperti Mat Kilau, Datok Bahaman dan ramai lagi terkorban untuk pembebasan , jadi jangan kita kata tiada pertumpahan darah...betul ke?sebab apa yang aku belajar di sekolah tak sebut perkara-perkara ini. Sebutan merdeka hanya timbul bila Allahyarham Tunku Abdul Rahman ingin mencari laungan yang akan dibuat semasa sambutan tamatnya penjajahan inggeris. Selain dari laungan merdeka ada juga cadangan laungan hidup Melayu ( tah berapa lama melayu mati ). Itu sebabnya R.Azmi menyanyikan lagu 'tanggal 31' tidak menyebut Malaysia ( lagu ini di cipta sempena kemerdekaan negara )...betul ke?

Betul ke laungan merdeka berlaku pada malam 31 Ogos...yang ini aku tak pasti,yang pasti apabila jam detik 12 malam 31 Ogos berbunyi ,maka laungan merdeka di lakukan. Jadi laungan merdeka sebenarnya berlaku pada 1 september dan jika pada 12 malam itu baru bermula di naikan bendera dan lagu 'negara ku' berkumandang maka kemerdekaan berlaku pada 1 september...kerana 12.01 telah masuk hari lain. Lagu negara ku pula adalah dari lagu 'terang bulan' yang menjadi lagu rasmi negeri Perak dan kemudian dijadikan lagu negara ku.

walauapapun...itu semua sekadar provokasi minda aku...kalau jawab dalam periksa pasti kantoi..he2

Salam merdeka

4 comments:

  1. stadium merdeka...
    tunku laung merdeka merdeka...
    sudirman pakai baju bendera malaysia sambil menyanyi lagu merdeka...
    shopping komplek laung...
    JUALAN MERDEKA !

    ReplyDelete
  2. sekarang jualan pesta Merdeka Raya...merdekapun kena jual..he2

    ReplyDelete
  3. Uiiiiii..pening + keliru sikit baca entry kali ni.

    Saya kira ada 5x `betul ke'.....betul ke? hehehe..

    Walaupun saya tak minat subjek sejarah, tapi yang pastinya pihak Inggeris tak kisahpun kalau kita merdeka, sebab nama je merdeka tapi dari awal lagi yang mereka jajah ialah PEMIKIRAN.

    ReplyDelete
  4. asw...kalau fikiran kita kata betul..betul la jawabnya walaupun cikgu kata salah...betul ke?Apabila tanah melayu telah di jajah lebih dari empat abad adalah sukar untuk membentuk minda warganya dalam tak sampaipun satu abad merdeka...betul ke?

    ReplyDelete