Tuesday, August 18, 2009

Usain Bolt

'Saya tidak berlari untuk rekod dunia'

BERLIN: Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memusnahkan rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter untuk memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia dengan kepantasan menakjubkan - 9.58 saat dalam final acara berkenaan, kelmarin. Lelaki Terpantas Dunia itu mencantas 0.11 saat daripada catatan 9.69s dilakukannya ketika memenangi emas Sukan Olimpik Beijing, setahun lalu untuk membawa acara pecut itu ke zon masa yang tidak pernah termimpi sebelum kehadirannya. BH
******
Hebat dan luarbiasa budak Usain ni...macam nama kawan aku kat kampong aje. Tapi ni budak kampong kat Jamaica ,bukan anak Pakcik Husin Leleh kat kampong Sg. Dusun.

Aku masa kat sekolah suka gak acara lari-lari ni terutama lari dari cikgu yang nak rotan aku. Aku nak beritahu , yang aku pernah juga menang dalam acara lari-lari ni. Hadiah pertama aku dapat bagi acara lari-lari ni adalah masa darjah satu,iaitu acara sukan rumah-rumah. Aku masuk acara lari sambil makan biskut...hahahaha...hebat gak aku ...acara ni lari 20 meter berhenti dan makan biskut marrie yang di gantung ngan tali,abis makan lari lagi 30 meter ke garisan penamat...kacang sahaja la...siap dapat nombor satu lagi. Kalau ikut catatan masa guru besar sekolah ,aku telah memecah kan rekod dunia ( dunia angan ku ). Kalau setakat Usain Bolt nak lawan ngan aku mahu dia dapat nombor satu dari belakang...he2. Dan yang paling aku tak boleh lupa aku dapat naik atas pentas yang ada tulis no 1,2,3 tu.....dapat hadiah yang di bungkus cantik...bila buka hadiahnya adalah 6 biji gelas minuman...hahahaha....gelas yang mak aku pakai buat hidang minuman pada jiran jiran dan cerita kat mereka gelas tu aku yang dapat dari pertandingn lari-lari....bangga-bangga...he2

Masa aku dalam tingkatan tiga ada satu cerita menarik yang bila aku ingat misti senyum sendiri .Cerita ini adalah semasa acara sukan sekolah ,iaini pertandingan antara rumah-rumah yang memang setiap tahun di buat. Aku dalam rumah hijau dan aku tak masuk apa-apa acara sukan pasal gagal dalam pemilihan awal dan yang pasti tak ada acara lari makan biskut, kalau tak dah tentu aku terpilih. Yang aku nak cerita adalah pasal kawan aku nama dia Firdaus masuk acara 800 meter. Dia memang minat acara jarak jauh ni dan siap berlatih berlari setiap hari dan antara peserta favourite.

Bila acara 800 meter bermula si firdaus ni dengan penuh bersemangat memulakan larian dengan pantas dan meninggalkan peserta-peserta lain jauh di belakang. Dia berlari dengan berkaki ayam sahaj tapi larian dia konsintan,laju semacam aje. Bila dah 400 meter tiba-tiba dia berlari kebawah kemah rumah hijau dan dengan tercungap-cungap dia cakap kat aku nak ambil angin sekejap dan lepas tu apa dia cakap......."lepas rehat dan pelari lain dah lari satu pusingan aku akan masuk balik lawan mereka balik"....ehehe..."boleh ke?" aku tanya...dengan selamba dek je dia cakap "apa pasal tak boleh". Cikgu rumah hijau dari jauh aku lihat berlari datang ke kemah mungkin nak tahu apa yang telah berlaku. Aku dan kawan-kawan lain tersengih-sengih saja dan siap bagi semangat lagi suruh dia lari lagi laju. Belum sempat cikgu rumah sampai ke kemah si Firdaus dah berlari masuk ke trek dan terus berlari dengan laju dengan memotong peserta lain bagi menghabiskan larian yang dia tinggalkan tadi....

Yang buat aku tergamam kejap, tiba-tiba satu padang terjerit-jerit,dan aku lihat dua tiga orang guru termasuk pengadil berlari mengejar Firdaus mengarahkan agar keluar trek...hahaha...apa punya lawak,aku dan kawan-kawan kat kemah yang pada mulanya terjerit-jerit beri sokongan terus terkedu dan senyap. Firdaus aku tengok muka dia muka terkejut dan pengadil telah menahan dia dan mengarahkan dia kembali ke kemah. Bila sampai ke kemah cikgu aku pun mula bersoal jawab,yang Firdaus ni pun satu buat peraturan sendiri pulak ,dah tak tahu tak bertanya dan aku pun tak tau jugak. hahaha....Kesian aku tengok si Firdaus ni...merungut-rungut gak dia...kesal tak sudah kata orang atas kesilapan aka kebodohan sendiri.

Selepas tingkatan tiga aku tak pernah lagi jumpa kawan aku ni pasal dia kantoi SRP dan terus menghilang diri. Semoga dia telah berjaya dalam hidup dan kalau dia mengikuti perkembangan kejayaan Usain Bolt ni tentu dia akan tersenyum sendirian mengenang kisah silam beliau dalam acara lari-lari ni....

7 comments:

  1. Hehehe...saya boleh bayangkan rupa budak yang berlari nak makan biskut tu....saya dulu pun sgt2 aktif bersukan. Wakil sekolah, wakil daerah, cuma wakil negeri je tak. Gi mari gi mari trak askar yang hantar.

    Bila sukan di sekolah especially 100 meter, ayah saya akan tunggu di garis penamat. Bila main hoki antara sekolah, saya goal keeper, ayah saya akan berdiri di tepi tiang gol....punya la nak bagi semangat !

    High jump, long jump, 4 x 100, 200, dan jangan marah.....saya juara short put (betul ke eja ni?) yang baling bola besi yang berat dan bentuknya bulat tu...

    Tak main la makan2 biskut !! hahahahah.....jangan marah ye, gurau je......

    ReplyDelete
  2. hahaha...ASW awak memang lasak dan sport women yang berjaya rupanya...misti penuh almari dengan piala sukan...
    saya tak kuat dalam acara lari-lari ni ,kat sekolah cuma wakil dalam bolatampar,bola sepak dan hoki sahaja...acara lain kantoi

    acara makan biskut ni bila tengok anak-anak main masa tadika teringat kenangan masa lalu..he2

    ReplyDelete
  3. Heee... saya pun masuk juga acara lari dari sekolah dengan acara hembus asap rokok jadi bulat. Hadiahnya selalu tak besar tapi panjang, dan disampaikan sewaktu perhimpunan... megah pulak tuu!

    ReplyDelete
  4. bro lenon lu memang hebak...ahak2..siap dapat hadiah roti panjang lagi tu...pasal tu la bro balas dendam merokok sampai sekarang ya...

    ReplyDelete
  5. Lari makan biskut tu kira sama taraf dengan lari dalam guni ke? Ke lari sambil bawa bola pingpong dalam sudu? Saya pun dulu 100m n relay(kena paksa ngan cikgu sukan, dan dapat gak piala buat kenang-kenangan!)Lepas tu kena paksa main hoki. Tak minat langsung pegang kayu hoki ni, cuma seronok berpeluh di padang je. Selalu jugak masa praktis i sauk kaki cikgu! At last dia menjerit,"Girl!What have u done?"
    "That's the best i can do with the stick, sir!" Came my reply. At last i was positioned as tukang angkat minuman for the team.What a relief!

    ReplyDelete
  6. hahaha...kelakor...kelakor....kalaulah ada gambar masa :-

    1. gemagong tengah lari sambil makan biskut
    2. ase tengah kena rotan masa perhimpunan
    3. kak eta tengah sauk kaki cikgu

    kan best???

    ReplyDelete
  7. Eta...ha2..agaknya bengkak-bengkak tak kaki cikgu tu...jadi tukang angkat air pun aktiviti sukan gak tu dan bancuh air tu pakai air paip aje ke..

    asw...masa tu cameraman tak ada lagi..he2.. tapi kalau acara lari dari lintah ada rakamannye kot..

    ReplyDelete