Friday, August 14, 2009

gula

PUTRAJAYA 11 Ogos - Bekalan gula di seluruh negara dijangka pulih sepenuhnya sebelum hujung minggu ini sekiranya orang ramai tidak melakukan pembelian panik terhadap bahan tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pihaknya telah menambah sebanyak 20,000 metrik tan gula di pasaran tempatan dan ia memang mencukupi.
Beliau berkata, pihaknya turut memaklumkan kepada pengilang gula utama di negara ini supaya menambahkan jumlah pengeluaran masing-masing minggu lalu.Utusan Malaysia

********
semalam aku mencari gula kerana gula kat rumah habis kerana telah di tumpah sengajakan oleh sikecik anak aku setelah tak sampai sehari aku mengisi bekas gula tersebut. Dah bukan rezeki tak boleh nak salahkan dia walaupun si kakak membising. Balik dari kerja aku ke kedai runcit di Kg.Pendamar ( kedai yang selalu aku cari barang dapor ),nasib tak baik gula habis ,dah dua hari kata tokey kedai. Aku pergi ke kedai runcit lain,aku tanya ada gula tak bang. Abang kedai tu cakap tunggu kejab nak tengok...tak sampai seminit dia datang bawa sekilo gula...berapa harga bang...RM2.50...aku senyum aje la sambil bayar. Harga sekilo barang kawalan ni sepatutnya dalam RM1.50 sahaja,jadi berapa abang kedai ni dah kaut untung....

Aku teringat ceramah ustaz kat surau aku minggu lepas cerita pasal kapitalis yang mengawal ekonomi negara. Menteri hanya buat kenyataan sahaja dan sebenarnya bagi aku dia tahu apa yang sebenarnya berlaku antara pengilang dan pengedar gula. Setiap musim perayaan besar ini sahaja lah masalah yang akan kita hadapi terhadap bekalan bahan makanan. Barang kawalan kononnya...tapi sebenarnya ia telah mengguntungkan para kapitalis ini...orang kampong cakap lintah darat yang mengaut ke untungan dari kesusahan orang lain...kerajaan boleh buat ape ,nak ugut para kapitalis ni...sejauh mana atau berani-berani kucing sahaja.

abang kedai tu kapitalis kecil-kecilan yang aku tak tau apa nawaitu dia berniaga...dan aku adalah salah saorang yang jadi mangsanya. Nak lapor ke tribunal?entah...kesian?entah...malas?entah...abih tu nak terima sahaja?...tidak juga...hahaha...(gelak marah)

2 comments:

  1. Kalau kat negara luar, harga tepung naik 10 sen je, demonstrasi besar2an di jalanan....barulah kerajaan tak berani nak buat sembarangan.

    Tapi rakyat Malaysia ni...penyabor....merelakan....habis2 merungut kat kedai kopi....ataupun yang paling best sekali...`tak pe la, kita ikut je la, kerajaan tau lah apa nak buat...' Nak boikot? Boikot barang Israel pun, nak tak nak....

    hehehe macam mana rupanya `gelak marah' tu ye?

    Saya tak boleh `gelak marah' tapi `gelak sakit hati '..... :)

    ReplyDelete
  2. asw...tau tak pe..he2

    'gelak marah'tu macam watak jahat Nasir Bilal Khan...hahaha...gelak nak lempang peniaga tu...hahahah...

    ReplyDelete