Mawar di dahan bunga berseni
di Johor tentunya luruh cemara
Anwar Ridhwan putera petani
tersohor namanya seluruh negara
Seni tembikar di dewan betara
Keladi di hutan rapat betangor
Kini bergelar Sasterawan Negara
Menjadi kebanggaan rakyat Selangor
Tanjak berseri di bawa pulang
Tertambat rusa di pekan utara
Bijak bestari berjiwa pejuang
memartabat bahasa mendaulatkan negara
Hutan damar teratainya segar
Akar bersilang menunjang taman
Intan bersinar di Sungai Besar
Kekal gemilang sepanjang zaman
Jerami bersemi di pinggir dewan
Cendawan tunggul subur di titi
di bumi petani lahir sasterawan
Cendekiawan unggul menabur bakti
Bakar kemenyan kerat di Bentan
Di pulau terbiar bekas dupanya
Anwar Ridhwan ibarar intan
Berkilau bersinar di pentas dunia
**************
pantun yang di bacakan oleh Tuan Haji Ahmad Sarju semasa Bicara Tokoh Sasterawan Negara ke 10 Y.Bhg. Dato' Dr. Anwar Ridhwan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 23 Disember 2009.
Haji Ahmad Sarju di lahirkan pada 10 Disember 1942 di Batu 6 Jalan Kebun Klang. Saorang guru mulai 1958 hingga 1997. Telah banyak kali memenangi hadiah sastera terutamanya dalam puisi. Baru sahaja memenangi hadiah utama pertandinagn pantun di Klasik Nasional