Thursday, December 3, 2009

bedah mata




anak aku yang kecil Ras Ariesha Najiha kena buat operation mata kerana mata kiri dia menghadapi masalah sejak lahir. Masuk ni dah tiga kali dia menjalani operation mata kerana dua kali yang awal operation gagal dan tidak menampakan kesan. Mata Ariesha bahagian kelopak mata dia dtidak berfungsi dan ini telah menutup sedikit mata dia dan ia telah menyebabkan rabun. Pada peringkat awal doktor suruh pakai cermin mata,tapi aku tak mahu sebab dia msih kecil dan lasak takut dia tak pandai nak kawal cermin mata dia nanti.


pada 23/11 aku telah menghantar Ariesha ke HUKM untuk pemeriksaan dan masuk wad untuk operation mata pada 24/11. Sepatut nya pada 17/11 Ariesha kena ambil darah sebum masuk wad,tapi yang bengongnya bila sampai kat HUKM boleh misi tu cakap salah tarikh, pada hal tarikh tu mereka yang kasi. Punyalah menyirap air sirap dibuatnya,sudahlah parking kereta jauh ( di stadium cheras ) sampai2 dia cakap salah tarikh...nasib masih boleh sabar.

sebelum masuk wad aku dah belikan alat mainan apa yang dia berkenan,bagi dia tidak boring bila dalam wad. Petang 23/11 tu dalam jam 4 petang anak aku di panggil untuk pemeriksaan mata dengan doktor yang akan operate mata dia, Dr Faridah ( anak aku pangging dia Dr Inggeris sebab suka cakap bahasa inggeris dan garang sikit,Dr pelatih suma takut ngan dia ni ). Semasa pemeriksaan tu datanglah Dr pelatih bawa saorang juru jual aka pembekal peralatan untuk operation esok. Rupanya barang tuk operate esok baru nak oder walaupun Dr pelatih tu cakap barang dah ada. Ada 2 jenis barang aka benang aka silikon yang akan di gunakan untuk mengikat mata Ariesha ,satu berharga 300 dan satu lagi beharga 600. Dr cadangkan yg harga 600 sebab yang harga 300 takde stok. Nak jadi cerita yang harga 600 tu silikonnya mudah putus bila Dr Faridah uji...ha apa lagi melenting lah Dr Faridah ( cakap orang putih )...habis kena sembur jurujual tu. Aku tersengih aje la...lantak engko orang la...he2...Akhirnya keputusan di buat operation esok akan menggunakan silikon dari stok HUKM dari jenis yang aku tak mahu ambil tahu. Dr pelatih tadi aku tengok menggelabah terpaksa call sana call sini nak buat persediaan untuk operation esok.


Malam ni Ariesha di jaga oleh anak bujang aku Amyrul Izzat,aku tak boleh tunggu kat wad sebab kena uruskan anak dara aku Aziera antar ambil dari kolej. Arisha pun jenis mudah berkawan dan dalam wad tu dia dah dapat kawan yang boleh dia ajak main mainan sama-sama. Dan kelebihan di wad kanak-kanak ni ada bilik khas untuk budak2 bermain jadi bila bosan boleh lah bawa dia bermain di situ.
(sambung lain kali)

6 comments:

  1. semoga cepat semboh...dan banyakkan bersabar..

    ReplyDelete
  2. Semoga Arisha cepat sembuh. Semoga abahnya sabar menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  3. Harap2 lepas ni Ariesha okay, tak payah nak operate2 lagi...

    ReplyDelete
  4. ase,rose dan eta....terima kasih atas doa

    asw....lepas ni jika tak berjaya Dr kata pembedahan hanya akan di buat bila ariesha berumur 15 tahun

    ReplyDelete
  5. aris,, tahniah bejaya menjadi bapa yang sangat sabar dan bertanggungjawab, bukan mudah mengurus insan tersayang sakit, apatah lagi anak kecil,, saya doakan ariesha cepat sembuh. keep it up aris, gogo chaiyok.

    ReplyDelete