Wednesday, December 2, 2009

3X bengong...


cerita 1

semalam pagi2 aku keluar rumah sebab kena hadiri kursus di Institut Intergriti Malaysia ,jalan duta Kuala Lumpur. Dalam jam 7.30 pagi aku call penolong pegawai tadbir(PPT) tanya pasal waktu pendaftaran berkenaan kursus tersebut sebab hari senin aku ke HUKM urus kan anak dan minggu lepas aku banyak ke HUKM dan kursus tu pun aku di suruh pergi hari khamis jadi takde surat2. Waktu aku call aku dah masuk ke NKVE da Jam 8pagi PPT call aku dan minta maaf yang menyatakan bahawa waktu pendaftaran jam 4.30 petang dan yang bengong nya masa dia call aku dah lepas bayar tol di jalan duta. Menambah kan lagi bengong aku tersilap masuk lorong yang aku termasuk leburaya DUKE untuk ke Selayang sebab lebuhraya telah berubah ( dah hampir setahun tak lalu jalan ni ). Sudahnya aku terpaksa buat u-turn jauh dan naik kembali ke jalan duta dan terus balik ke pejabat sebab ada mesyuarat pengurusan(pagi tadi dah call staf aku agar masuk gantikan tempat aku). Dan jadi lagi sekali bengong mesyuarat di tunda....hahahaha....

cerita 2

pagi tadi aku keluar pagi juga dan anak aku Azira aku terpaksa hantar ke kolej awal walau kelas pukul 10. Sekali lagi aku bengong, kali ni salah lagi masuk jalan di mana aku buat u-turn di jalan salah ( u-turn bawah jejantas berhampiran simpang ke masjid wilayah ) dan jalan tersebut tak ada simpang ke kanan untuk ke tempat kursus. Ini dapat maklumat salah sebab member cakap buat u-turn untuk ke Institut Intergriti Malaysia (IIM) berhampiran stadium hoki jadi terpaksa drive balik ke tol yang nasib baik boleh buat u-turn. Hahaha...aku sampai jam 8.25 pagi terus daftar naik ke tingkat 14 dan kursus telah bermula.

cerita 3
Jam pukul 1.00 tengahari puan penceramah masih panjang ceramah nya dan kalau ikul jadual kursus petang nanti dalam jam 2.30ptg akan di adakan lawatan ke penjara Kajang. Sebagai penutup ceramah puan penceramah terlebih dahulu minta maaf kerana kursus terpaksa di tamatkan setakat ini sahaja. Inagatkan maksud dia ceramah dia yang di tamatkan ,rupa2nya kursus di tamatkan sebab tak cukup korum seramai 20 orang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh IIM. Punya lah bengong tak pernah berlaku dalam sejarah aku pergi kursus,kursus ditamatkan kerana tak cukup korum. Betul2 intergriti punya IIM....hahaha...lepas makan tengahari terus cabut balik pejabat sebab nak balik rumah anak tak abih kelas lagi nak amik bawa balik....

8 comments:

  1. kadang-kadang pengalaman-pengalaman begini memang menambahkan kebengongan kita..tapi kadang-kadang dapat mengajar kita menjadi lebih manusia..
    Saya dan keluarga pernah silap jalan di KL..nak masuk sebuah taman di Cheras...silap jalan sampai ke Kepong..bayangkanlaa...

    ReplyDelete
  2. Lain kali kalau sampai kl..tak tau jalan..cal2 lerr kekawannn...kan ramai kawan2 kat kl nihh..?
    Jalan kat DUNIA niii.bang Ajiinyaa.. bukannya susah sangat...!! ada 2 simpang ajee..simpang kiri dan simpang kanan jeee..ehehe..!

    ReplyDelete
  3. rose...itu la pasal...anak alhamdullilah dah ok nanti saya buat n3 pasal tu...

    pakngah....aku tersalah call tercall ismail ahmad itu yang termasuk simpang renggam...sosek den...he2

    ReplyDelete
  4. atip kata....bengong kepada segala bengong, apabila kita bengong sorang2. So, lain kali ajak le kawan2 lain yang bengong tu, supaya berbengong-bengongan sama2!!!!hahahaha...atip sambung lagi, selamat berbengong!

    (ni atip kata tau! dia malas nak tukar google account) hehehe

    ReplyDelete
  5. asw...sapalah yang bengong sama-sama tu ya yang nak join geng bengong...he2 ( ni aris cakap )

    dekni...adussssss...kena lagi....

    ReplyDelete
  6. ahahhaha... macam2..
    kl jadi kat org lain sure tuan pya blog ni soh mandi bunga...

    ReplyDelete