Friday, October 30, 2009

paku

ni dia paku yang telah mencucuk tayar kereta aku minggu lepas. 3 inci panjangnya dan alhamdullillah kereta masih boleh ku bawa ke bengkel kalau tidak mahu berpeluh atas bawah kena tukar tayar. Ini kes yang entah ke berpuluh kali tayar kena paku sejak 20 tahun memiliki kereta. kata orang adat orang berkereta kena hadapi semua ni,dan yang paling penting kena tahu macamana nak tukar tayar kalau tayar pancit...kalau tak tahu anda di nasihatkan menggunakan alat yang paling canggih, cepat,selamat dan tidak mengeluarkan peluh....iaitu....handphone....apalagi telepon la sesiapa yang anda fikir boleh tolong...he2....

pada 3 hari raya hari tu aku kena tukar 2 biji tayar, bila tayar kereta benjol akibat langgar lubang. Aku ingat tayar pancit kena paku sebab nampak paku kat tayar bila bawa ke bengkel rupanya tayar berbenjol/bengkak. Bila cek lagi...la...dua tayar, depan belakang benjol, kena la aku kasi 'angpau' raya kat cina bengkel tu 300 lebih...padan muka aku.

Tabik Setan


1)Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.

2)Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.

3)Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above

4)Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.Below: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.


5)A Satanic RitualBelow: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)

6)from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.
*******
satu email untuk di kongsi bersama.....ramai dari anak-anak sekarang yang bila bergambar atau mengikuti konsert rock suka membuat tabik setan ni tapi tak tahu maksud simbol tersebut. Jadi kalau geng setan bolehlah guna simbol ni.....


wallahuallam.

Wednesday, October 28, 2009

rewang

dah seminggu tak update blog,sibuk aka menyibukan diri dan memenatkan diri dengan pelbagai acara keluarga dan penduduk setempat.....ahak2...yang sebenarnya tengah kurang mood nak menulis...Jadi aku rangkum aja la cerita seminggu tu...

cerita 1

hari khamis 22/10/09 bawa anak aku yang kecik Ariesha ke HUKM untuk pemeriksaan mata dia. sampai kul 9.00 pg macam bulan2 yang sudah dapat jumpa doktor jam 1.30tgh...punya la tension. Iesha ari ni ok tak meragam dan bila dokter periksa mata dia tak de masalah tak macam bulan lepas siap mengamok lagi. 17/11 nanti datang lagi ke HUKM ambil darah dan 23/11 masuk wad untuk pembedahan kecil.

cerita 2

hari jumaat 23/10/09 hantar rakan blogger zawalajam ke Kelana Jaya kerana beliau pergi menunaikan haji ke Mekah al mukarammah bersama ibu dan kakaknya. Sepatutnya jika tiada aral dan masalah teknikal (ayat skima je) saya pun akan pergi bersama mereka...apakan kan daya tuhan belum mengizinkan. InsaAllah tahun depan kena usaha gak nak pergi...rindu pada kaabah...sampai di kelana jaya jam 6.30,jemaah daftar masuk jam 10.30 jadi balik jam 11.00 malam, sampai umah jam 12.00....

cerita 3

pagi sabtu 24/10/09 rewang di rumah jiran Abang Aziz dan Kak Umi Kalsom...Kak Umi ni yang jaga Ariesha bila aku pergi kerja. Kak Umi membuat kenduri kahwin anak perempuan dia.Acara pertama aku di minta bersama dalam majlis bernikah yang di lansungkan di masjid al ahmaddiah,pelabuhan klang selepas zohor. Pada majlis akad nikah ni pengantin lelaki aku lihat muka dia pucat semacam,muka gabra pun ada...kesian gak. Tok kadi siap ajar dan mintak dia sebut dua tiga kali sebelum akad,dia tergagap-gagap gak. Akad pertama gagal pasal tersalah sebut,...praktis lagi...akad kedua baru berjaya....sah...sah....baru aku tengok pengantin dah boleh senyum....alhamdulillah semua selamat....jadi acara seterusnya balik dan makan tengahari.

cerita 4

aku agak terlambat sampai di masjid untuk zohor,aku sampai orang dah abis sembahyang berjemaah jadi aku pun sembahyang la sorang2. Aku memilih sembahyang di belakang tiang yang ada di tengah dewan solat. Sedang aku sembahyang ada saorang budak kecik datang di depan aku dan mengambil al quran yang terletak di rak yang ada di tiang tersebut. Terdetik hati aku berkata siapa lah mak bapak budak ni yang tak ajar anak hormat orang sembahyang dan buat main al quraan pulak tu.( macam bapak yg sorang ni bagus sangat). Sedang sembahyang tu jugak terdengar suara budak macam menyanyi...hilang kosentrasi aku .....Bila aku selesai sembahyang aku toleh ke kanan....ya Allah...rupanya budak yang ambil al quraan tadi sedang membaca al quraan bersama kakak dia. Dalam perkiraan aku budak tu dalam usia 5 ke 6 tahun dan kakak dia dalam 7 tahun...sebab badan mereka kecil. Terkedu aku sekejap...hilang doa aku lepas sembahyang ...mata aku terus melihat budak 2 orang tu membaca al quraan,terasa aku jadi bapak yang hampeh dan kerdil aje.

cerita 5

lepas makan tengahari kat rumah pengantin aku cuba-cuba lah cari kerja yang boleh aku buat kat bahagian masak-memasak. Aku lebih banyak memerhati sebab jiran2 aku sedang siang ikan keli dan potong daging...aku tak reti sehingga lah pak imam surau suruh aku tolong potong daging....ha2...aku belasah je potong daging tu sebab tak mahir....kira ok la tu...sebelah malam nya pulak diadakan majlis doa selamat dan berinai...aku jadi penanggah ajela...menu utama malam tu 2 ekor kambing panggang...

cerita 6

25/10/09 bermulalah majlis kenduri kahwin rumah jiran,orang datang melapur diri untuk rewang jam 8 pagi aku datang jam 9.30...hampeh nye jiran...he2..Tuan rumah buat majlis kahwin dengan mendirikan 13 buah khemah ( satu khemah 20x20)...sayup je dari hujung jalan ke hujung jalan...mula la cadang kat tuan rumah agar sediakan roller blade atau kasut roda untuk penanggah agar senang bergerak dari meja-kemeja. Menu utama ikan keli goreng bercili,daging masak kicap,kuah dalca,ulam2,ikan kering,ayam panggang,air tebu dan air sirap. Alhamdullilah ramai jiran taman yang datang rewang kalau tidak mau pengsan melayan tetamu yang hadir. Majlis habis jam 5...aku balik siap tidur dulu jam 6 datang balik bantu mengemas yang dak 90% selesai...hampeh nya jiran...he2...penat ooo...panas terik tu yang tak larat.

******
gambar tak ada sebab tuan blogger malas nak amik gambar...

Wednesday, October 21, 2009

along di kosmo

PELAJAR pelbagai kaum meraikan Pesta Tanglung di USM Pulau Pinang.
Kosmo 20.10.2009
**********
semalam Along Azri anta message suruh beli kosmo, dia kata ada gambar dia masuk surat khabar bawah tajuk Inisiatif 1Siswa 1Malaysia. Petang semalam terus beli kosmo dan selak punya selak mencari....ha ni dia gambo nya...ko sebelah aweks baru ke along...he2...nak periksa ni jangan nak enjoy je....selamat menghadapi peperiksaan dan selamat berjaya.

Tuesday, October 20, 2009

lembab


Pelabur risau, internet M'sia lembab

Oct 19, 09 8:15pm
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya."Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia."Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia. Malaysiakini.com
********
memang lembab tahap siput,sepatutnya kerajaan telah lama menyedari perkara ini dan tidak membiarkan ia begitu sahaja. Cakap-cakap menteri hanya retorik sahaja yang kononya capaian internate di Malaysia adalah antara yang terbaik di Asia. Aku terbaca dalam satu blog yang membuat undian rangkaian jalurlebar manakah yang paling hampeh di Malaysia,antara celcom,digi dan maxis........

jawabnya 70% pilih celcom yang paling hampeh.....jadi aku adalah pengguna celcom yang terkena hampehnya....he2...padan muka aku.

Thursday, October 15, 2009

dansa

ini kot tarian pendet yang menjadi kontrevasi....gambar kena macamni sebab protes buluh runcing...tapi kalau yang bawa buluh runcing tu macamni rupa habis tentera kita menyerah kalah...he2

********
2 hari yang agak membosankan bila menonton tv dan membaca suratkhabar harian,sebab sumua cerita mengenai persidangan UMNO. Bukan anti UMNO tapi bila semua siaran tv utama 1,2,3,7,8,9 siar cerita perhimpunann rasa rimas pula. nasib baik siaran tv sekarang tidak kena bayar lesen kalau tidak mahu kena komplin,sebab sepatutnya siaran tv untuk semua masyarakat tidak kira pegangan politik tapi sebaliknya berlaku. Kita adalah pembayar cukai jadi adalah tidak adil jika parti politik menggunakan ia sebagai hak mereka,jadi parti politik lain juga sepatutnya mendapat hak mereka walau sebenarnya tidak.

lupakan pasal itu, aku nak cerita pasal tadi jam 7.30 malam ada siaran dansa di ntv7 yang di hoskan oleh Shasa. Episod kali ini adalah berkaitan tarian joget di negeri Melaka. Di episod ini di ceritakan bagaimana Shasa belajar tarian joget yang di ajar oleh saorang guru tari lelaki ( lupa nama) Guru ni kalau jumpa kat luar sah-sah orang tak jangka dia guru tari sebab badan besar dan perut boroi. Ada satu yang menarik yang guru tu cakap berkenaan tarian ronggeng yang dia kata ia adalah dari perkataan 'wrong again' . Bermaksud dalam budaya melayu lelaki dan wanita adalah ditegah berdua duaan,jadi bila menari melibatkan lelaki dan wanita pihak penjajah ketika itu (1511 pertugis jajah Melaka) dia sebut 'wrong again' tapi bila kena lidah melayu jadi 'ronggeng'.Entah betul entah tidak maklumat tu aku pun tak pasti.

aku teringat masa aku dahulu kerap melawat Indonesia secara rasmi atau tidak,setiap majlis rasmi yang diadakan oleh pihak Indonesia misti ada acara tarian dan nyanyian. Yang hebatnya pegawai-pegawai Indonesia mereka semua boleh menari dan menyanyi,bila kena ahli rombongan dari Malaysia masing-masing tolak menolak sebab tak pandai menyanyi dan menari. Setakat joget lambak bolehlah sebab tarian main belasah sahaja.

aku juga terlibat secara lansung dengan Kumpulan Kebudayaan muzium pada tahun 90an bila di lantik menjadi pegawai kebudayaan. Jaga artis budaya ni memang memeningkan dengan karenah mereka dan juga jadual persembahan yang adakalanya agak banyak dan biasanya pada sebelah malam. Bila dah malam kena pulak memastikan mereka ada transpot balik dan jika tidak akulah kena hantar mereka balik. Bawak anak dara orang balik tiap malam tu yang buat isteri marah tapi nak buat macam mana tahan saje la telinga. Sepanjang terlibat dengan kumpulan kebudayaan ni banyak la tempat aku pergi seperti Medan,Pekan Baru,Surabaya,Australia dan sudah pastinya pusing satu Malaysia.

yang pastinya sampai sekarang aku tak pandai menari dan tidak berapa mahir jenis-jenis tarian seperti zapin,inang,joget,masri dan yang lain-lain....dangdut tahu la...ahak2...tarian pendet baru aku dengar rupanya tarian Indon,aku tahu tarian bali sahaja. Tarian bali ni memang seronok di tonton terutama secara live bila aku pergi ke Bali,siap bergambar dengan penari sekali tu...he2..seksi yo...

Tuesday, October 13, 2009

blog baru

ni tengah bertukang buat rumah baru
masih tengah cari perabut nak menghias rumah
rumah aka sekolah bebudak muzium
buat dekni jangan lupa bertandang rumah ya
alamat guna alamat sekolah
http://sekolah-gambar.blogspot.com/
pasal zaman sebelum merdeka orang panggil muzium sekolah gambar

Thursday, October 8, 2009

baraan





bermula 6 haribulan malam hingga 9 haribulan bermulalah majlis baraan atau ziarah atau kunjung mengunjung dari rumah ke rumah di seluruh taman telok gedung indah ( TTGI ). Acara ni dah bermula sejak 5 tahun lalu sebab taman ni pun baru 6 tahun usianya. Disamping mengeratkan hubungan silatulrahim majlis ini juga akan ....akan....akan...menyerlahkan lagi rumah siapa yang paling cantik terhias dan rumah siapa yang tukar set perabut baru..he2...( elok gak para wanita tak ikut baraan kalau tak balik baraan siap cerita kat suami rumah tu rumah ni, perabut tu perabut ni...he2... ). Selain dari itu satu tabung akan di bawa dari rumah ke rumah memohon sumbangan bagi mengisi dana untuk surau . Kalau di setengah kampong biasa di adakan pada malam takbir hari raya atau baraan di pagi 1 syawal tapi di taman ni 2 minggu syawal.....sebab...taman hampir tak ada orang semua balik kampong...yang ada hanya penduduk cina dan india.
majlis baraan ini akan mengunjungi setiap rumah yang sudi menerima kunjungan rombongan dan juga rumah ahli rombongan bermula selepas isyak. Di setiap rumah akan di buat majlis selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad saw serti doa selamat untuk kesejahteraan tuan rumah. Setiap rumah di minta tidak menyediakan makanan berat hanya sekadar minuman dan kuih raya sudah memadai,tapi dah tuan rumah nak hidang makan berat nak buat macam mana, makan saje la walau biasanya tak habis. Ini kerana di pengghujung baraan , rumah terakhir akan menyediakan jamuan makan.
Malam pertama ( 17 syawal ) bermula dari jalan rumah aku ( gambar kat atas tu kat rumah aku...cuma hidang air sejuk dan nugget sahaja...itu yang paling cepat di masak sedap dimakan...)dan rombongan di pecah kepada 2 kumpulan. Sebanyak 23 buah rumah telah di ziarahi dan sebanyak 1200++ kutipan dana surau telah di perolehi...alhamdullilah...dan malam kedua 24 buah rumah di ziarah dan rombongan dipecah pada 3 kumpulan sebab rombangan ramai...dan sebanyak 1100++ kutipan diperolehi. Adalah menjadi harapan AJK surau untuk mengutip sekurang2nya sebanyak 6000++ untuk menampung aktiviti surau dan membeli van jenazah.

Friday, October 2, 2009

Terbaloi

memang buat aku angin dari minggu awal raya sampai hari ni. Sudahlah broadband selalu tiada line terutama masa hari raya. Tak boleh lansung buka internate,aku ingat aku tak bayar bil jadi aku pergi la bayar,itu pun kena tunggu hari rabu pasal cuti raya. Yang hampeh nya bukan pasal bil, bil aku minus ( - ), kerana tak puas hati aku bayar saja la...Aku pun call care line, memang bil aku ok, siap terlebih bayar lagi jadi aku tanya apa pasal line tak ada. Pihak celcom pun ajar aku tukar-tukar setting untuk networking,cuba apa yang dia ajar lansung tak boleh. Lama-lama aku hangin la...aku cakap " cik kalau dah tak ada line tu cakap aje la tak payah saya susah-susah tekan sana tekan sini"...nasib baik aku tak salahkan komputer, kalau tak mau beli komputer baru.

minggu ni line meragam lagi...lembab...call care line lagi...ajar lagi macam mana nak buat setting network....aduss....celcom ko memang buat aku angin saja. Sekarang bila on line ada masa dia lembab macam siput...nak aku tukar network lain rasa tak berbaloi pulak.

semalam aku pegi celcom centre cawangan Shah Alam, bukan pasal masalah broadband tapi masalah anak aku sudah pakai 3 line telefon celcom. Bila dia dapat bil jumlahnya hampir mencecah 200 ringgit. Anak aku cakap dia tak guna lansung kad celcom tu, cuma yang aku marah pasal dia aktifkan sim card celcom tupasal la automatik kena bayar. Aku aku tak faham, sebab ini adalah tukang jual/promoter yang jual tu cerita dia tak faham. Anak aku dapat kad celcom ni di kolej dia bila wakil celcom datang menjual. Dia boleh pulak tu terpengaruh dengan 'cong' jurujual tu. Yang aku lagi tak faham macam mana sampai 3 unit dia sekali daftar. Anak aku cakap, promoter tu suruh kasi kat adik beradik atau kawan kawan pakai. Punya la kurang ajar, kad orang lain pakai bil anak aku bayar.

Hari itu aku nak batalkan pendaftaran kad-kad tu, apa budak kaunter tu cakap..." Encik tak boleh batalkan nombor ni,hanya penama sahaja yang boleh batalkan"...aku cakap dia anak aku apapasal tak boleh, dia cakap tak boleh....wahhhh...automatik aku hangin, " saya ayah dia dan saya nak batalkan no-no ni atas penipuan yang pihak encik telah buat, encik nak suruh saya sain apa-apa borang, saya sain, jangan nak susahkan saya lagi. Budak kaunter tu pun ambil kertas kosong suruh saya buat surat sebagai wakil anak. Boleh pulak ya....aku menulis surat dengan tulisan macam cakar ayam, kalau ayam baca pun tak faham, janji tulis..hantam saja la. Bil...hahaha...aku tak bayar,aku nak buat surat bantahan atas manipulasi perniagaan yang telah di buat.

***********

hari ni celcom buat promosi...' nikmati diskaun 50% panggilan dari nombor celcom ke celcom' dari 12 pagi hingga jam 12 tengah malam ni'...jadi anda rasa berbaloi-baloi tak....

***********

makan tebaloi lagi sedap kan....


Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama