********
2 hari yang agak membosankan bila menonton tv dan membaca suratkhabar harian,sebab sumua cerita mengenai persidangan UMNO. Bukan anti UMNO tapi bila semua siaran tv utama 1,2,3,7,8,9 siar cerita perhimpunann rasa rimas pula. nasib baik siaran tv sekarang tidak kena bayar lesen kalau tidak mahu kena komplin,sebab sepatutnya siaran tv untuk semua masyarakat tidak kira pegangan politik tapi sebaliknya berlaku. Kita adalah pembayar cukai jadi adalah tidak adil jika parti politik menggunakan ia sebagai hak mereka,jadi parti politik lain juga sepatutnya mendapat hak mereka walau sebenarnya tidak.
lupakan pasal itu, aku nak cerita pasal tadi jam 7.30 malam ada siaran dansa di ntv7 yang di hoskan oleh Shasa. Episod kali ini adalah berkaitan tarian joget di negeri Melaka. Di episod ini di ceritakan bagaimana Shasa belajar tarian joget yang di ajar oleh saorang guru tari lelaki ( lupa nama) Guru ni kalau jumpa kat luar sah-sah orang tak jangka dia guru tari sebab badan besar dan perut boroi. Ada satu yang menarik yang guru tu cakap berkenaan tarian ronggeng yang dia kata ia adalah dari perkataan 'wrong again' . Bermaksud dalam budaya melayu lelaki dan wanita adalah ditegah berdua duaan,jadi bila menari melibatkan lelaki dan wanita pihak penjajah ketika itu (1511 pertugis jajah Melaka) dia sebut 'wrong again' tapi bila kena lidah melayu jadi 'ronggeng'.Entah betul entah tidak maklumat tu aku pun tak pasti.
aku teringat masa aku dahulu kerap melawat Indonesia secara rasmi atau tidak,setiap majlis rasmi yang diadakan oleh pihak Indonesia misti ada acara tarian dan nyanyian. Yang hebatnya pegawai-pegawai Indonesia mereka semua boleh menari dan menyanyi,bila kena ahli rombongan dari Malaysia masing-masing tolak menolak sebab tak pandai menyanyi dan menari. Setakat joget lambak bolehlah sebab tarian main belasah sahaja.
aku juga terlibat secara lansung dengan Kumpulan Kebudayaan muzium pada tahun 90an bila di lantik menjadi pegawai kebudayaan. Jaga artis budaya ni memang memeningkan dengan karenah mereka dan juga jadual persembahan yang adakalanya agak banyak dan biasanya pada sebelah malam. Bila dah malam kena pulak memastikan mereka ada transpot balik dan jika tidak akulah kena hantar mereka balik. Bawak anak dara orang balik tiap malam tu yang buat isteri marah tapi nak buat macam mana tahan saje la telinga. Sepanjang terlibat dengan kumpulan kebudayaan ni banyak la tempat aku pergi seperti Medan,Pekan Baru,Surabaya,Australia dan sudah pastinya pusing satu Malaysia.
yang pastinya sampai sekarang aku tak pandai menari dan tidak berapa mahir jenis-jenis tarian seperti zapin,inang,joget,masri dan yang lain-lain....dangdut tahu la...ahak2...tarian pendet baru aku dengar rupanya tarian Indon,aku tahu tarian bali sahaja. Tarian bali ni memang seronok di tonton terutama secara live bila aku pergi ke Bali,siap bergambar dengan penari sekali tu...he2..seksi yo...

Aris...sebenarnya belum terlambat kalau nak belajar menari...heheh
ReplyDeletePernah tengok filem Shall we Dance..lakonan Richard Gare dan Janiffer Lopez..bagaimana seorang lelaki yang bosan dengan rutin hariannya kemudian pergi belajar menari tanpa pengetahuan isterinya...dan akhirnya dia boleh menari...
kalau sebut pasal menari atau berjoget, dulu masa bujang, selalu jugak dalam bilik cak kun cak dgn room mate. Pasang lagu Beat It !!! (Michael Jackson) tak pun lagu Tina Turner!!! hahaha.....
ReplyDeleteAris, ruginya... saya sangka rancangan dansa sudah tidak bersiaran.
ReplyDeleteSaya suka tarian Petenun, tarian negeri Selangor. Muziknya indah dan pergerakan jemarinya sangat gemalai dengan gerak-geri menenun kain. Kostiumnya dipanggil baju bodo.
Sayang sekali, tarian yang mengiringi nyanyian lagu-lagu tradisional di TV kita kebanyakannya tarian 'main bedal'...
Alangkah bagusnya kalau TV mengulang siaran dramatari Azanin Ezane Ahmad yang sangat indah.
Baru-baru ini TV menyiarkan Festival Tari, sayangnya banyak dipotong. Maklumlah Fest Tari yang berlangsung tiga malam disiarkan dalam masa dua jam!
Seperti apresiasi seni tampak, apresiasi seni persembahan tradisional SANGAT KURANG ATAU MUNGKIN TIADA SIARAN dalam TV kita. Bagaimana kita nak lahirkan masyarakat yang mempunyai jiwa sekiranya kita hanya sogokkan hiburan murahan? Barangkali kita hanya boleh mengeluh...
Tuan Gemagong~~
ReplyDeletesekian lama dok muzium sampai antik pi la belajar sikit tarian2 tu. saja buat suka2. tolongggg la jangan menari dangdut...hahaha jawa betol la wak aris oii...hhheee
rose...dah tua he2...bukan apa cuma tak minat
ReplyDeleteeta...kebetulan lepak2 pas maghrib tu yang tertengok. Selangor sebenarnya menghadapi krisis indentiti kerana sehingga kini tidak satupun tarian yg benar2 di iktiraf sebagai tarian selangor.
tarian2 yang banyak sekarang adalah berupakan kontemporari itu sebabnya ia seakan akan caca marba. Kita tidak seperti Johor dimana kerajaan negerinya amat prihatin dalam memartabatkan seni dan budaya.
asw...ater kome pun suka berjoget gak ya..masa di itm dulu kawan2 banyak belajar menari patah tengkok..'break dance' saya cuma jadi pemerhati aja...tak minat..
dekni...sekarang kumpulan kebudayaan telah diletakan di bawah pentadbiran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Selangor jadi muzium dah tak ada kumpulan lagi...jadi tak boleh la belajar...he2
sekarang kan tengah popular tarian indon poco-poco...rasanya ramai cikgu2 belajar tarian tu..dekni,rose dan eta tak belajar ke?
Apa susah2 Wak..! Pegi jer kat Kiambang atau Mawar Biru tuuu...Kalau tak tau tempatnya aku leh tunjukkan heheh Kiambang tu sebelah opis aku dulu jerrr...semua aku kenal kat situ dari tokeh sampai ler ke Musician ngan Gro2nya sekalii..kalau berminat aku boleh tolong uruskan hehehe...!!
ReplyDeletemail...gua suspek la sama lu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteruqaiyah...ahak2...acik nak tanya, ruqaiyah sekarang belajar di mana?
ReplyDelete