Friday, October 30, 2009

paku

ni dia paku yang telah mencucuk tayar kereta aku minggu lepas. 3 inci panjangnya dan alhamdullillah kereta masih boleh ku bawa ke bengkel kalau tidak mahu berpeluh atas bawah kena tukar tayar. Ini kes yang entah ke berpuluh kali tayar kena paku sejak 20 tahun memiliki kereta. kata orang adat orang berkereta kena hadapi semua ni,dan yang paling penting kena tahu macamana nak tukar tayar kalau tayar pancit...kalau tak tahu anda di nasihatkan menggunakan alat yang paling canggih, cepat,selamat dan tidak mengeluarkan peluh....iaitu....handphone....apalagi telepon la sesiapa yang anda fikir boleh tolong...he2....

pada 3 hari raya hari tu aku kena tukar 2 biji tayar, bila tayar kereta benjol akibat langgar lubang. Aku ingat tayar pancit kena paku sebab nampak paku kat tayar bila bawa ke bengkel rupanya tayar berbenjol/bengkak. Bila cek lagi...la...dua tayar, depan belakang benjol, kena la aku kasi 'angpau' raya kat cina bengkel tu 300 lebih...padan muka aku.

6 comments:

  1. Aris,
    petua tak mahu tayar tersusuk paku -
    tukar tayar kepada tayar steamroll! ngeee...jangan marah, lawak petang jumaat.

    ReplyDelete
  2. alamak...itu macam kalu kena beli stemroll la...he2...tapi kalau ada tayar mati pun ok gak tu takpayah pam tayar

    ReplyDelete
  3. uisshh...macam kenal je paku tu. Bukan paku yg cocok kat tengkuk Maya Karin tu ke...hehehe....

    ReplyDelete
  4. kalau tak nak kena paku..lain kali ko naik sampan jerr ikut sungai kelangg tak yah bayar tolll...ko ambik paku tu simpan kat dalam meziummm..buat tangkalll..??

    ReplyDelete
  5. adoyai cik,
    awal betul cina tu dapat ang pau..
    eheh..

    ReplyDelete
  6. asw...tu la nasib dapat paku nye aje...kalau maya karin mau tumpo hidup...he2

    mail....kat blakang muzium ada tasik dan tak bersambung sampai ke port,kalau tak dah lama aku beli speed boat...

    ruqaiyah...apek tu dapat duit advance

    ReplyDelete