memang buat aku angin dari minggu awal raya sampai hari ni. Sudahlah broadband selalu tiada line terutama masa hari raya. Tak boleh lansung buka internate,aku ingat aku tak bayar bil jadi aku pergi la bayar,itu pun kena tunggu hari rabu pasal cuti raya. Yang hampeh nya bukan pasal bil, bil aku minus ( - ), kerana tak puas hati aku bayar saja la...Aku pun call care line, memang bil aku ok, siap terlebih bayar lagi jadi aku tanya apa pasal line tak ada. Pihak celcom pun ajar aku tukar-tukar setting untuk networking,cuba apa yang dia ajar lansung tak boleh. Lama-lama aku hangin la...aku cakap " cik kalau dah tak ada line tu cakap aje la tak payah saya susah-susah tekan sana tekan sini"...nasib baik aku tak salahkan komputer, kalau tak mau beli komputer baru.
minggu ni line meragam lagi...lembab...call care line lagi...ajar lagi macam mana nak buat setting network....aduss....celcom ko memang buat aku angin saja. Sekarang bila on line ada masa dia lembab macam siput...nak aku tukar network lain rasa tak berbaloi pulak.
semalam aku pegi celcom centre cawangan Shah Alam, bukan pasal masalah broadband tapi masalah anak aku sudah pakai 3 line telefon celcom. Bila dia dapat bil jumlahnya hampir mencecah 200 ringgit. Anak aku cakap dia tak guna lansung kad celcom tu, cuma yang aku marah pasal dia aktifkan sim card celcom tupasal la automatik kena bayar. Aku aku tak faham, sebab ini adalah tukang jual/promoter yang jual tu cerita dia tak faham. Anak aku dapat kad celcom ni di kolej dia bila wakil celcom datang menjual. Dia boleh pulak tu terpengaruh dengan 'cong' jurujual tu. Yang aku lagi tak faham macam mana sampai 3 unit dia sekali daftar. Anak aku cakap, promoter tu suruh kasi kat adik beradik atau kawan kawan pakai. Punya la kurang ajar, kad orang lain pakai bil anak aku bayar.
Hari itu aku nak batalkan pendaftaran kad-kad tu, apa budak kaunter tu cakap..." Encik tak boleh batalkan nombor ni,hanya penama sahaja yang boleh batalkan"...aku cakap dia anak aku apapasal tak boleh, dia cakap tak boleh....wahhhh...automatik aku hangin, " saya ayah dia dan saya nak batalkan no-no ni atas penipuan yang pihak encik telah buat, encik nak suruh saya sain apa-apa borang, saya sain, jangan nak susahkan saya lagi. Budak kaunter tu pun ambil kertas kosong suruh saya buat surat sebagai wakil anak. Boleh pulak ya....aku menulis surat dengan tulisan macam cakar ayam, kalau ayam baca pun tak faham, janji tulis..hantam saja la. Bil...hahaha...aku tak bayar,aku nak buat surat bantahan atas manipulasi perniagaan yang telah di buat.
***********
hari ni celcom buat promosi...' nikmati diskaun 50% panggilan dari nombor celcom ke celcom' dari 12 pagi hingga jam 12 tengah malam ni'...jadi anda rasa berbaloi-baloi tak....
***********
makan tebaloi lagi sedap kan....
Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama
BERBALOI-BALOI..
ReplyDeleteMEMANG DAH SAH TERKENA..GUA PUN BARU AJE TERIMA SURAT LAWYER,TAHUN 2002,(MASA TU BELUM KAWIN)BIL 1.2K..NTAH BILA TAH MASA PAKAI..BILA CHECK NAMA BETUL..NTAHLAH..BAYARLAH SIKIT2..JOM ALAIH KE MAXIS..LAJU DAN CEPAT...ITULAH CELCOM..BERBALOI-BALOIIIII
kihkihkih....mula2 cerita pasal naik angin, marah2, aleh aleh keluor iklan makanan ringan kaum Melanau....hehehehe.....
ReplyDeletethese few days...memang menyakitkan hati, susahnya saya nak hapload gambor2 kambing tu...ingatkan sebab terlampau ramai pengguna, kita pun bangunlah subuh2. Atip pegi surau je, terus on computer...dok tengok lagi muka2 kambing tu, tiba2 nak hapload, tak jadik lagi...sampai kambing pun asyik dok tanya, kenapa gambor dia tak keluor2..hehehehehe......
kat mana nak cari tabaloi tu?
jarang tengok Mr Cool naik angin...
ReplyDeletesaya pun curios juga tentang tabaloi tu, jadi ejen la Aris...
Sepanjang minggu raya ni memang saya ada terbaca tentang line CELCOM yang buat hal....
ReplyDeletetapi kalau kes bil yang tak guna...tiba-tiba kena bayar...memang boleh angin satu badan....
mmm...Tabaloi, first time dengar laa...makanan ringan ke..
zawal....banyak tu tak bebaloi abih sebulan gaji. Nak tukar ke maxis tunggu dulu,rasa membazir pulak
ReplyDeleteasw...kambing bau wangi sangat itu pasal tak boleh nak upload,lain kali mandikan dulu kambing tu...he2..tapi mr.kam tu pandai pulak bercakap ya..
lenon...hangin hari raya boleh lari fulus oooo..
ReplyDeletenak bisnes tebaloi tak tak bebaloi-baloi...
rose....memang minggu tu celcom line jam teruk,siap mintak maaf tapi tak pulak dia cakap tak perlu bayar bil...memang tak berbaloi
tebaloi adalah makan ala-ala emping atau biskut,kalau pergi serawak banyak la dijual di kedai-kedai.Masa gi serawak dulu ada gak beli kasi kawan-kawan...rasanya ok gak
susahh2 risss ko pakai jerrr line yg guna tin susu tuuuu...tak payahhh bayarr billll hehhe..
ReplyDeleteTak pon ko ambik jer mangkok putihh pas tu ko jampi lebih kurangggg..pe susahh..!
ReplyDeleteSalam Aris...
ReplyDeleteSeapanjang minggu raya saya di pantai timur (kuantan) takde plak masalah dgn broadband atau hand fon saya... ok jer...
diskaun 50% tu diorang pakat kelentong jek, pak cik..padahal, hari tu, kalau buat call, lagi makan bil ada la..
ReplyDeleteapa pun pak cik, terima kasih terima kedatangan kami (kawan2 sekolah azri) raya hari tu.. panjang umur, tahun depan kami datang lagi..hehe
pakngah...tang jampi tu aku tak abih nuntut lagi..
ReplyDeletecyfu...bagus la tu pantai timur tak alami gangguan la tu...
dik rugaiyah...terimakasih join blog acik...terima kasih gak datang rumah tempohari
patut bawa petrol sekali, hah ha!
ReplyDeletebro pyan nasib gak tak bawak...kalau bawak dan tandok dah mula keluar abis gua kena tangkap..he2
ReplyDelete