Tuesday, June 30, 2009
Hari Pendaftaran
USM
Friday, June 26, 2009
aku memang blur
Thursday, June 25, 2009
testing
Wednesday, June 24, 2009
Surat dari Setan
Tuesday, June 23, 2009
Kisah Madain Salleh
Tsamud bin Amid bin Iram (bahasa Arab: ثمود) adalah suku kuno Arab yang hidup sekitar abad pertama SM dan hampir dengan waktu kenabian Muhammad. Mereka dikatakan berasal dari wilayah Arab selatan yang kemudian pindah menuju utara. Mereka kemudian menetap di Gunung Athlab, Madain Shaleh. Sejumlah besar kaum Tsamud merupakan pengukir dan pemahat bukit yang baik. Ukiran dan pahatan mereka hingga saat ini dapat ditemui di Gunung Athlab dan hampir seluruh Arab bahagian tengah.
Dalam Al-Qur'an Tsamud disebut sebanyak 26 kali baik dalam bentuk kata yang berdiri sendiri maupun untuk menunjukkan kaum. Tsamud merupakan sekelompok kaum dimana nabi Shaleh berasal dan diutus oleh Allah untuk kaum tersebut Al-Qur'an menggambarkan Kaum Tsamud adalah kaum berkuasa setelah kaum 'Ad yang mahir dan rajin dalam memahat bukit untuk dijadikan tempat tinggal.Selain itu, Tsamud juga digambarkan sebagai kota yang aman, yang terdapat sumber mata air dan banyak perkebunan dan juga pepohonan seperti kurma.Dalam narasi Al-Qur'an, kaum Tsamud termasuk kaum yang mendustakan nabi, sehingga kaum tersebut dibinasakan dengan gempa bumi.
*cerita petikan dari wikipidia
Monday, June 22, 2009
Friday, June 19, 2009
Dalam Kenangan
Singapore Muslim Casket,Van jenazah yang membawa allahyarham dari Singgapura
Pondok Berkat D'Kayangan di Seksyen 12, Shah Alam
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Dato' Hj.Shahrani Abdullah,terutama buat sepupu allahyarham @ sahabat Lenon a.k.a A.Shukri Elias.
Allahyarham yang saya mula kenali sejak tahun 2002,punca kenal adalah kerana beliau minat kepada barang-barang antik. Pertama kali saya jumpa beliau di bilik pejabat dan menunjukan dua bilah keris gading. Maka sayapun berceritalah kelebihan keris tersebut termasuk membuat demo menegakan keris tersebut. Arwah terpikat dan bersetuju untuk memiliki keris tersebut yang sebenarnya keris tersebut adalah milik orang lain saya cuma tukang bawa aje. Mula dari saat itu arwah menjadi pengumpul barang antik yang aktif dan telah membina sabuah galeri dipejabat beliau. Di geleri ini terdapat pelbagai koleksi yang amat menarik dan unik yang tiada terdapat di muzium. Selain itu arwah juga adalah peminat lukisan dan terdapat banyak koleksi lukisan (lenon koleksi saudara ada tak dalam simpanan beliau?). Saya banyak juga terlibat dalam membantu beliau mengumpulkan koleksi barangan antik walaupun ada masanya agak kecewa kerana ada koleksi yang beliau beli adalah tiruan. Beliau adalah individu yang paling banyak menyimpan koleksi keris.
Saya pernah mengikuti beliau ke Riau dan Bukit Tinggi,Indonesia. Pada masa ni macam-macam peristiwa yang tak di duga berlaku antara nya bas rombongan yang membawa kami terkandas di tengah puncak bukit kelok 12, Saya dan staf beliau juga terpaksa berurusan dengan imigresen Indonesia, hakim ,polis dan konselat malaysia di Riau kerana salah seorang ahli keluarga beliau yang menyertai rombongan kehilangan paspot. Sepanjang di sana juga banyak kenangan dan peristiwa lucu dan yang memeningkan kepala berlaku tapi itu semua adalah satu keseronokan yang tak dapat di lupakan.
Yang paling menarik saya dan beberapa orang staf arwah dapat menaiki kapal layar beliau. Ini adalah pertama kali beliau memberi izin staf beliau menaiki kapal layar mewah beliau tanpa arwah ikut bersama( diorang cakap pasal saya lah dia kasi naik kapal tersebut...hehehe sombong sikit ). Kami menaiki kapal layar ni bertolak dari Lumut ke Langkawi...pelayaran memakan masa 8 jam..balik ke Lumut semula makan masa 12 jam....keseronokan yang seumur hidup ni sekali je la...Semua ok tak mabuk laut walaupun ada masa ombak besar. Tengah tidur kat kabin tv jatuh kat sebelah katil...nasib baik tak kena...tidur dalam alunan ombak itu yang jadi cam tu...dan yang sebenarnya tak leh tido pun.
Malam pertama
Thursday, June 18, 2009
Makan time
ni pulak makan malam di seberang sungai serawak..naik sampan kan jeti waterfront bayar 40sen seorang..5 minit dah sampai..dokek jo tapi kalau berenang jauh la...tupun kalau sampai seberang la...