Pada 27 Jun 2009 hari sabtu yang lepas aku bertolak ke Nibung Tebal, Seberang Perai, Pulau Pinang untuk menghantar anak Mohd Amyrul Azri mendaftar di USM. Anak sulong aku ni habis matrik di Gambang, Kuantan dan telah di terima masuk ke USM dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( kejuruteraan Polimer ). Hari ni tak silap aku hampir semua pelajar baru IPTA mengadakan hari pendaftaraan sebagai siswa , jadi sepanjang aku ke Nibung Tebal ni bila berhenti rehat sekejap kat R&R banyak dilihat ibu bapa bersama keluarga mereka dalam perjalanan menghantar anak mereka mendaftar ke IPTA2 yang ada kat utara dan yang balik hari macam aku kot,kerana ramai juga yang telah bertolak semalam macam staf aku yang anaknya masuk ke UITM di Manjung, Perak. Kepada Ibu bapa yang terlibat sama dalam hari pendaftaran anak mereka pada hari ini ke mana-mana IPTA atau IPTS aku ucapkan tahniah. Dulu aku masa mendaftar abah terpaksa sewa kereta bersama jiran hantar aku ke Dungun Terengganu...baru seminggu kat Dungun dah kena ke Shah Alam. Kat Dungun hanya minggu orentasi aje.
Pada hari tersebut aku bertolak dari rumah di Pelabuhan Klang kira-kira jam 4.30 pagi. Kalau ikut perancangan bertolak pukul 4 tapi liat nak bangun subuh..subuh gajah tu( gajah pun tak bangun lagi )...hehehe...rasa malas lebih tu yang terlambat pasal tidur pun lambat. Cuma Aziera saja yang tak dapat ikut menghantar pasal dia ada kelas. Sepanjang perjalanan budak-budak apa lagi la sambung tidur...bapak dia la tak leh tidur...hehehe...nak mampus. Dalam perjalanan cakap kat diarang nak sarapan kat R&R tepi sungai perak, dan dalam jam 8.30 kami pun sampai kat R&R tersebut. Terkejut gak aku pasal R&R ni dah 100% berubah dari yang pernah aku singgah 10 tahun dulu kot ( dah lama tak gi utara dan singgah kat R&R sini ). Tempat ni memang cantik dengan pengubahsuaian ruang makan dan gerai jualan yang baru dan selesa.
Tapi sayang dalam suasana ruang yang cantik tersebut, gerai untuk sarapan pagi yang buka hanya 4 ke 5 buah sahaja dan kebanyakanya sarapan dah abis dan yang tinggal tak menyelerakan lansung makanannya. Dalam pusing-pusing cari gerai makanan ada satu gerai yang ada sedikit makanan yang aku rasa ok lah untuk alas perut...nak pegi ke R&R lain dah malas la pulak. Aku pun mintak nasi goreng yang ada sedikit lagi tu...pelayan kedai tu pun isi sepinggan penuh nasi goreng tersebut...kasi habis la tu, dan aku mintak seketul tempe goreng ( jawa misti makan tempe..he2). Yang best nya baru dua suap aku makan...rasa nasi tu lain macam...aku cium dua tiga kali...sah nasi goreng ni basi. 4 ringgit sepinggan tu...arghhhhhhhhhh...tension...Aku pun pergi ke gerai tadi dan pulangkan nasi tersebut dan cakap nasi tu dah basi...pelayan tu bawa nasi tu ke belakang dan cium banyak kali nasi tu bersama rakan dia...aku sengeh je tengok dari jauh. At last tepaksa la aku makan nugget goreng yang ada kat gerai tu...gerai lain dah tak de makanan...anak-anak makan kue pau...frust je singgah kat R&R ni...tempat cantik tapi hampeh je...
Bila sampai kat Bandar Bahru lepas bayar tol...aku melilau cari dan membaca sign board...map yang ada tak berapa jelas...GPS ( Gabungan Pemandu Sebelah ) sama kabur...10 minit gak sesat jalan...rupanya aku ikut jalan lain...bila balik baru perasan ada sign board tunjuk ke kampus tersebut...salah masuk simpang...jauh sikit la memandu... Nibung Tebal ni berada di Pulau Pinang bersempadan ngan Parit Buntar,Perak dan Bandar Bahru,Kedah. Kami sampai kat kampus dalam pukul 10.30 pagi dan Along terus gi daftar...tak sampai 10 minit along cakap dah selesai....aikk cepatnya...Rupanya dia hanya daftar untuk masuk ke desasiswa(asrama) sahaja yang lain-lain perlu di uruskan hari Ahad oleh pelajar. Satu sistem perdaftaran yang bagus dan tak menyusahkan mak bapak untuk menunggu lama. Lepas hantar along masuk kebilik,dalam pukul 11 telah di adakan taklimat untuk pelajar dan ibu bapa....wargh...tak sampai sepuloh minit aku boleh terngorok kat kerusi...ngantuk gila....aku terpaksa keluar...hehe lepak kat wakaf bawah pokok...apa lagi tidur la...Ariesha main dengan kawan baru dia kenal kat wakaf tu...aku pun tak sedar...hehehe....Pukul 12.30 lepas abih taklimat yang diorang je dengar..aku dalam mimpi je...kami pun pergi keluar ke pekan berhampiran cari makan tengahari sambil melihat lihat sekitar kampus dan sekitarnya pekan....serta cari bantal.
Lepas zohor dan rasa semua dah selesai aku pun bertolak balik dalam jam 3.30 petang. Sampai Shah Alam dalam jam 8.30 malam, ambil akak kat PTPL dan terus pergi makan malam. Kami sampai rumah dalam jam 10.30 malam.....hehehe...terus terlepak kat sofa dan terlelap...penat tu.
Pada Along kami ucapkan tahniah dan semoga menjadi siswa yang bersahsiah dan berjaya dalam pelajaran...amin.
No comments:
Post a Comment