Semalam tengahari aku makan kat restoren Syed di seksyen 9, Shah Alam sorang. Masa aku nak duduk makan ada sorang mamat yang duduk kat meja sebelah tegur aku...hai! aris,aku pun menoleh. Dia datang dan terus bersalam dan bertanya kabar,aku terus sambut salam mamat ni sambil tersenyum dan menjawab..alhamdulillah sihat. Aku blurrrrrrrrr...sape la mamat ni walau rupanya macam pernah aku kenal. Mamat ni mula bercerita pasal kami dah lama tak jumpa dan mula bertanya ...tak balik kampong ke...hehehe sah mamat ni orang kampong aku rupanya. Kami bercerita pasal kampong dan kawan-kawan lama semasa di kampong. Aku masih blurrrrrr sapa nama mamat ni...dia tahu nama aku tapi aku tak ingat nama dia...hahahah...aku memang blurrrrrrrrrr...lemah matermatik betul.
Dia bercerita pasal kawan kawan lama kat kawasan rumah aku kat kampong dan rakan sekolah yang semuanya aku kenal...tapi mamat sorang ni aku lupa-lupa tak ingat...arghhhhh...blurrrrrrrrr. Hampir setengah jam gak berborak dan dia tahu aku kerja kat mana...tapi aku tak tau dia kerja kat mana. Dia duduk kat Alam Megah, Shah Alam dan dah lama bermastautin di sini. Kami tak pernah berjumpa semenjak dari lepas SPM tahun 1981 lagi, tapi dia masih ingat aku , tapi aku....blurrrrrr...lemah biologi betul aku...ahak2.
Masa nak bayar makanan kami berebut sape nak bayar...at last dia yang bayar pasal dia cakap kat mamak tu dia selalu makan kat situ...hehehe...malu aku. Masa nak berpisah dia kasi bisnes kad dia....NAMA DIA ABD RAHMAN DIN...kerja sebagai Head of Engineering di DEFTECH iaini anak syarikat DRB HICOM. Hebat tu...........sampai hari ini aku masih blurrrrrrrrrrr nak mengingat kan siapa dia yang sebenar...hahahaha aku memang lemah sejarah dan ini memang kelemahan aku dari dulu, memori kad dalam otak aku hanya 1GB je kot...orang lain dah 10GB ahak2. Kepada Saudara Abd Rahman kalau ko tau dan terbaca cerita ni jangan marah ya....pasal aku memang blurrrrrrrrrr...........
cuma kita punya cita rasa yang sama...jam tangan kita jenama yang sama Arbutus...cuma design berbeza...heheheh...
No comments:
Post a Comment