KETUPAT - bila menyambut Hari Raya Idil Fitri,hidangan wajib yang tidak boleh di lupakan adalah ketupat. Walau di setengah negeri lebih popular dengan lemang sebagai hidangan utama di pagi hari raya. Ketupat amat popular di Negara Malaysia, Indonesia, Brunai, Singapura dan Filipina. Di Filipina ketupat di kenali sebagai Puso. Ketupat terdapat pelbagai jenis, namun ada dua jenis yang biasa didapati atau dikenali iaitu ketupat nasi dan ketupat pulut. Ketupat nasi adalah sejenis ketupat yang menggunakan beras putih dan menggunakan daun kelapa sebagai kelonsong atau pembalut manakala ketupat pulut menggunakan beras pulut dan daun palas sebagai kelonsong atau pembalut. Ketupat pulut juga di kenali sebagai ketupat palas.
ketupat manggis empat kelopak ( atas ) dan ketupat maggis lapan kelopak ( bawah )
PENGERTIAN KETUPATketupat -nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya.Kamus Dewan Edisi Tigaketupat bangkahulu -a) ketupat yg besar; b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan);Kamus Dewan Edisi Empat
Zaman sekarang bila disebut `oiiii...pagi2 dah buat ketupat ye!' membawa maksud `pagi2 dah start mengumpat'. hehehe....
ReplyDeleteOh ye, M Daud Kilau tu, sepupu sepapat belah mak saya.
Kalau nak ke Sg Sumun tu, perasan tak Watergate tu?
Orang Melayu memang kreatif. Dalam bab makanan pun orang kita kreatif. Generasi muda banyak yang dah tak mampu nak buat makanan nenek moyang kita. Termasuk sayalah tu...
ReplyDeleteasw..peribahasa tu...salah satu yang sedang saya kumpul berkaitan ayat-ayat lama yang ada menggunakan perkataan ketupat...tk.
ReplyDeleteabang ipar saya dahulu ada membuka gerai makan di jeti kat sana. Nama dia Abdul Halim Monil ( arwah )dan arwah isteri pernah bekerja di situ sementara menunggu keputusan SPM. Dato M Daud Kilau nyanyi lagu 'cek mek molek' tu khas untuk awak la ya...he2...ater
eta...memang kreatif..sebenarnya bila kita tau menganyam daun palas/kelapa/mengkuang/lontar ia agak mudah untuk kita menghasilkan bentuk2 anyaman yang lain.Eta boleh menganyam ketupat tak?
Very nice indeed. Can you teach me how to make it? Thank you very much
ReplyDelete