Friday, July 31, 2009

pam minyak

ari ni aku isi minyak kat stesen shell,isi 30 dapat borang isi dan menang. Macam iklan tu...isi 30 dan menang 30ribu setiap minggu. Tiap kali isi tiap kali tu isi borang dan tah berapa ratus kali isi borang peraduan yang stesen minyak ni anjurkan...pernah menang?...hampeh...berangan menang adala...Tiap kali masukan borang tu siap doa tu,kali ni biar giliran aku pulak yang dapat..pas tu berangan. Ade masanya menyampah nak isi borang peraduan ni bukan nya dapat ,buat sakit hati je. Pernah sekali tu aku gurau kat cashier tu...dik pasal ape saya tak pernah menang...syarikat main komplot ke untuk kawan-kawan di syarikat yang dapat ke?dia sengeh je...he2.

Aku tak tau, peraduan ni 'halal ke haram'..pasal tak de pulak fatwa yang mengharamkan peraduan ni. Pasal apa aku fikir cam tu,pasal peraduan ni peraduan mencuba nasib..nasib baik menang nasib tak baik untung syarikat minyak tu. Ini lah persaingan antara syarikat minyak nak suruh orang ramai macam aku ni isi minyak kat stesen mereka...yang tumpang seronok terkena macam aku ni la. Ada masa tu rasa nak bakar je stesen minyak ni...menipu je kerjanya...tapi aku gak yang bodoh pasal sama kena tipu. Tapi seronok berangan untung2 menang ya tak...berdosa gak tu

Kalau nak kira peraduan ni judi...boleh jadi gak ya. Semua orang tahu judi tu haram tapi ade pulak mangkuk yang buat cadangan 'Judi itu haram,jadi nak halal kenalah halal kan judi'...apa punya mangkuk cadangan ni. Sape yang buat cadangan ni patut kena tahan bawah ISA...opsss...ISA kena di mansuhkan...kita hukum kena rotan 100 kali. Bila orang dah gila judi semua benda dia nak halalkan. Tapi akhbar utusan dan berita harian tu kan akhbar melayu dan di punyai oleh orang islam, boleh pulak siar iklan KUDA,TOTO,MAGNUM (KTM)...bila hari minggu penuh satu muka surat iklan KTM ni,siap dengan iklan sapa nak buat ramalan lagi...ok je tak de sape pun yang buat bantahan. Patut nya perkara ni masuk kat persidangan parlimen baru lah bagus untuk di bahaskan...pasal kita semua tahu siapa di belakang takbir akhbar2 ni.

******
aku beli surat khabar yang subahat ni boleh ke....he2...mampus...jangan ada yang doa masuk neraka dah la....
dua tiga hari lagi kena isi minyak....nak berangan lagi ke ???...

pesan Syaidina Ali

" manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi)
apabila mati baru mereka terjaga (tersedar)"
-Syaidina Ali

apela?????

pagi-pagi dah terkena...siput tol...
ade ke member suruh teka siapakah dia keluarga Transformer...ahak2...
hampeh tol....

Wednesday, July 29, 2009

ape ke hal ni?

-
Adun Selangor jual durian
Oleh Md Fuzi Abd Lateh


MOHD Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor. gambar

Wakil rakyat Batang Kali hilang pendapatan akibat elaun digantung
KUALA KUBU BHARU: Tidak mempunyai pendapatan akibat digantung elaun selama enam bulan, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, nekad bekerja sambilan menjual durian di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor, di sini, sejak minggu lalu. Katanya, beliau perlu mencari kerja sambilan membantu anak saudaranya, Nor Azlan Mansor, 35, menjual raja buah di sini demi mencari pendapatan selepas digantung kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 15 Julai lalu. Berita Harian
ADUN kawasan aku...ape ke hal nye ni...gimik politik ke atau betul-betul terdesak ni...tapi boleh percaya ke...tak pernah pulak dengar cerita ADUN-ADUN BN miskin. YB ni tak sempat kumpul harta ke atau takut nak tunjuk kekayaan dia...macam-macam hal orang politik sekarang nak tonjol diri.

HINI

H1N1: Kampus kejuruteraan USM ditutup seminggu

GEORGETOWN: Kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal ditutup selama seminggu, mulai hari ini selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza atau ILI. Perkara itu disahkan Timbalan Pendaftarnya, Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi. "Hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti. Berita Harian

moga tak ada perkara yang tak elok berlaku pada anak (Along)...pagi tadi call dia cakap dia ok...student kena buat check up kesihatan sebelum di benarkan balik.Sekarang telah menjadi satu kerisauan pada semua ibubapa kerana penyakit ini mula merebak ke hampir semua IPTA/S seluruh negara juga ke sekolah-sekolah. Penyakit yang kita tahu tapi tak tahu bila ia mula merebak dan terkena kita dan dari mana punca merebak kerana kita sentiasa berada di tempat awam. Terlalu cepat wabak ini merebak,bala dari Allah taala agar umat manusia sedar akan kekuasaanNya. Sekarang bila kita demam,batuk dan selsema menjadi satu kerisauan pula,entah HINI atau sakit biasa.

Monday, July 27, 2009

Bro Pyan


"aku tak benci Malaysi, aku sayang Malaysia..."
malam 25 julai 2009 di Dataran Shah Alam mendengar bro pyan habib membaca sajak di pekan frinjan...satu malaysia..ini yang dia sebut bila mulakan bicara puisi (tajuk bro tak sebut)..antara bait-bait sajak yang di baca ..."Malaysia adalah lebuhraya, malaysia adalah tingkat 14...."panjang sajak bro pyan ni. Aku adalah salah seorang peminat pyan habib rasa terhibur dengan apa yang di sampaikan pada malam tersebut(datang semata-mata tengok pyan habib saje..he2) walaupun hanya sebuah sajak sahaja...mungkin penat kot pasal siang hari dia buat 'gig' kat subang jaya...atau...sajak-sajak beliau memang mahal tak boleh baca banyak-banyak.... Apa-ape pun malam tu memang hebat pada khalayak yang tersendiri..aku tak lama kat dataran malam tu,pukul 11 aku chaw...pegi jalan-jalan ke uptown seksyen 24 pulak. Bro Pyan memang 'klas'..."aku tidak benci Malaysia,aku sayang Malaysia..." Lepas ni aku nak pegi lagi ke pekan frinjan ni, nak beli buku,ada beberapa buah buku menarik minat aku tapi malam tu tak cukup duit nak beli.

Friday, July 24, 2009

Labaikallah humma labaiq-2

sekadar renungan hari jumaat
*
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek danmemanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagiorang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintahAllah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerakmenuju ke syurga.Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak kesyurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf disekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, adalagi beberapa orang yang tidak hadir..Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar kedalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yangpenting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semuaorang yang pernah tawaf di sekelilingnya.Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawaorang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawakeluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....Betapa nikmat dan beruntung nya....
bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....wallahualam
aku rindu rumah tua mu ya ALLAH

Thursday, July 23, 2009

walk-man

kretiviti seseorang untuk menghiburkan diri adalah berbeza tak kira umur,pangkat dan harta.Ikut kemampuan dan dan keinginan....yang penting happayyyyyyyyyy.....

hukm

semalam 22 Julai 2009 anak aku Ariesha ada temujanji di klinik mata hukm, temujanji janji setahun dari tahun lepas (punya lama temujanji). Ariesha kena periksa mata kiri dia untuk tujuan pembedahan (minor) kelopak mata. Pembedahan keatas mata dia dah dua kali dibuat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang tapi tak berjaya, Jadi kena rujuk ke pakar mata di HUKM iaitu Dr Faridah Haneem. Perjumpaan pertama Dr cakap anak tak cukup besar untuk pembedahan, itu yang dia minta datang lagi lepas setahun.
semalam keluar rumah jam 7.15 anta Izzat ke sekolah dia lepas tu anta Ira ke Kolel di Shah Alam dan terus ke HUKM, sampai jam 9.30 pagi cari parking semua penuh termasuk di stadium bolasepak, pusing2 dapat parking bila ada orang keluar. Terus panjat bukit ke hospital, daftar dan dapat resit menunggu no 2050 waktu 9.48pg...adus...tempat menunggu luar dalam penuh dengan orang. Pergi cari makanan ringan untuk Isha, naik semula ke atas nama di panggil untuk pemeriksaan mata, tahap kejelasan mata melihat objek,alhamdullilah tak ada masalah Isha pun ok aje. Aku kena tunggu giliran pula untuk jumpa doktor di bilik 4 atau 5...aku lihat no giliran yang tertera 2009...mak ai lama lagi tu,bosan menunggu aku bawa Isha turun ke bawah ke tempat mainan kanak2...dia main bersama rakan-rakan baru dia, aku lepak kat kerusi lihat dari jauh aje sampai terlelap gak..he2
Masa ni terfikir gak, kenapa tidak di cipta satu gadget/alat perberitahu kepada pesakit yang waktu temujanji dah sampai macam 'pager'. Ini memudahkan pesakit tidak bosan menunggu terlalu lama di satu-satu tempat dan mereka boleh pergi makan atau ke tandas tanpa risau nombor telah di panggil.
Jam pukul 1.15 tergerak hati naik atas, rupanya nombor dah dipanggil, lewat 5 minit terus masuk bilik 4 dan jumpa doktor. Masa ni pulak Isha meragam tak kasi doktor periksa mata dia...adus...dipujuk pun tak mahu. Aku bawa Isha keluar nak memujuk dia, kemudia Dr Faridah panggil suruh jumpa dia, masa ni la Isha menangis macam kena dera, tak makan pujuk, mata di tutup dengan tangan di paksa pun tak mahu. Akhirnya....doktor tak boleh buat pemeriksaan...kena buat temujanji semula bulan 10 nanti dan insaallah pembedahan akan di buat pada 23 November ( tertakluk pada pemeriksaan ). Sabo je la...penat menunggu hampir 4 jam tapi tak boleh periksa...mungkin dia fobia dengan doktor mata kot, atau mungkin dia terlampau manja....keluar hospital elok je dia bermain...

Tuesday, July 21, 2009

tua muda

semasa kenduri tahlil dan doa selamat di kampong, hampir 40 tetamu dari 50 tetamu yang dapat hadir kemajlis tersebut adalah orang-orang tua. Semua adalah jiran-jiran aku yang tinggal di peringkat satu dan dua dan semuanya telah berumur 70 tahun ke atas. Akupun terkenangkan jiran sebaris/sejalan rumah abah aku yang telah meninggal dunia iaitu Pakcik Amir, Pakcik Isa, Pakcik Mispan, Makcik Senah, Makcik Enon dan Pakcik Kamaruddin. Manakala yang sedang sakit dan tak dapat begerak pula Haji Adnan, pakcik Hashim dan abah aku yang sakit kaki. Yang lain kelihatan agak sihat pula Haji Arshad, Ustaz Sukri, Pakcik Rahmat dan Haji Supian. Semua anak-anak mereka adalah kawan-kawan aku yang kini aku nak jumpa setahun sekali pun sukar.
Bila melihat wajah-wajah mereka aku menjadi agak sayu kerana adakah aku akan jadi seperti mereka atau mungkin aku pergi dahulu sebelum mereka. Benarlah pesan Rasullullah s.a.w., hendaklah kita selalu menatap wajah orang-orang tua dan mengusap kepala anak-anak kecil ( terutama anak yatim ), kerana ia akan mendatangkan keinsafan kepada kita. Kita pernah muda dan akan menjadi semakin tua. Adakah raya tahun ni aku dapat menziarahi rumah-rumah mereka , bertemu dan memohon maaf seperti yang selalu aku lakukan. Kalau sebelum ini kami dapat bersama membuat baraan dari rumah-kerumah adakah tahun ini acara itu dapat diteruskan lagi. Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Keseronokan di kampung semasa zaman kanak-kanak sentiasa terimbau bila aku balik kampung...tapi zaman dah berubah, semua hanya jadi cerita untuk anak-anak sahaja. Tiada yang tua maka tiada yang muda dan yang muda pasti akan tua akhirnya.

tahlil dan doa selamat




Alhamdulillah pada 18 Julai 2009 , malam selepas isyak yang lalu kami sekeluarga selamat mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di kampong. Alfatihah kami panjatkan ke hadrat illahi agar roh keluarga kami yang telah pergi dahulu menemui Mu di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Buat marhum ibunda Hajjah Asiah binti Abdullah, marhum isteri Khatijah binti Monil, marhum kakak Saadiah binti Hj Sahid, marhum adik ipar Sumiati binti Abd. Malik, marhum abang ipar Mohd.Radzi bin Ahmad, dan marhum ayahda dan bonda serta keluarga sebelah kakak ipar. Moga Allah menerima doa-doa kami hamba-hamba yang mendambakan kerahmatan Nya dan moga pahalanya sampai kepada arwah keluarga kami semua.InsaAllah, hanya pada Mu jua kami memohon.

Saturday, July 18, 2009

rolls royce

bersama rolls royce klasik tahun 60an ( tahun buatan tak abis search ),asal kereta milik Allahyarham Dato'Hj Saarani...sekarang telah dibeli oleh peminat antik dari serawak. Gambar di ambil sebelum ia di terbangkan ke serawak ( gambar dengan ayu , aweks ...orang punya he2). dah naik kereta ni pusing Shah Alam tak berani drive walau dia kasi cuba pasal gear kat tangan.Kereta tak mampu milik...hanya mampu pegang je...

Friday, July 17, 2009

grip tight

ada sesiape tak pernah pakai botol susu ni?Ada dua puting tu..botol susu ni belum pernah di gunakan lagi,kotaknya saje dah sedikit rosak. Rekabentuk seakan bentuk pisang dan di buat dari kaca, jadi kalau kasi baby susu kena maknye pegang kalau tak bertelor kepala baby tu..he2. Rekabentuk botol ni telah di anugerahkan Diploma of the royal institute of public health and hygiene. Tahun buatan tak pasti mungkin 50an, aku miliki barang dari tahun 2003.

Thursday, July 16, 2009

LP



antara koleksi piring hitam aku...ada banyak lagi...tapi sayang aku nye player hilang tak dapat di kesan bila aku minta kawan repair...barang dan tuan yang baiki lesap tah ke mana..piring hitam aku pun ada kawan pinjam pas tu senyap je...buat harta la tu. Tu belum lagi gramophone aku yang dah tinggal rangka je...ni suma kawan punya hal la...ahak2...

Wednesday, July 15, 2009

penimbang surat

alat penimbang surat dari tembaga buatan England?(tak pasti), penggunaan dalam tahun 40an. Aku miliki koleksi ni tahun 2003,masih elok dan berfungsi

tas

Kayu Tas ni aku miliki dalam tahun 2002..kayu ni masih boleh lagi diperolehi di kedai2 antik tertentu di Serawak. Kayu tas ni satu jantan satu betina..yang mana jantan dan yang mana betina aku tak tahu, kena tanya nujum pak belalang. Kata orang kayu tas boleh menakutkan binatang untuk mendekati kita jika kita memegang kayu ni. Tapi aku tak pernah pulak mencubanya,sekadar jadi hiasan je...mungkin satu hari nanti ada gunanya.
Tas - sj tumbuhan (pokok), benak, biku-biku, buku-buku, medang tanduk (tijuk), sepauh, tampoi kelawar, Kurrimia paniculata( kamus dewan edisi empat)

cow

dah lebih 2puloh tahun penggunaanya...kini jadi kenangan je...he2...aku simpan buat hiasan dalam lemari..Kenapa di panggil cow gum sampai sekarang aku tak tau...pasal dia betul-betul cow. Harga masih tertera RM25.00 ( beli tahun 1990an ) untuk 500ml,made in Great Britain

hadiah

hadiah harijadi dari Kelab Rekreasi & Kebajikan opis aku...

kad istemewa

kad istemewa yang di buat oleh anak aku Aziera...posto nye Ariesha...Terima Kasih anak-anak ku yang sentiasa ingat hari lahir ayah...Ayah sayang kamu semua

Tuesday, July 14, 2009

tidur ku lena


gambar ini diambil oleh ariesha..mungkin dengkur ku mengganggu masa senggangnya tengah bermain-main lalu di rakamnya gambar ni menggunakan handphone aku. Aku kepenatan baru balik dari 'membajak di sawah dan mencangkul kebun belakang rumah'...hehehe..bila malas melanda maka aku di ulit mimpi di petang hari.

130709

bila hari berganti hari
bulan bertukar bulan
tahun bersilih tahun
umur meningkat lagi
tahun mendatang belum pasti
masih bolehkah di sambut lagi
selamat hari jadi
buat diri sendiri
semoga sentiasa sedar diri
umur yang tak tahu berapa berbaki lagi

Friday, July 10, 2009

Toilet museum

Once the portable toilets came inside the home, they looked very odd. The French designed a toilet which looked like a book case. On this toilet was written the names of literary classics.
Toilets which use less water and also compost the waste. Also the emergence of Micro wave toilet. Toilets of the 90's





toilet museum in New Delhi ,India





antique

An antique (Latin: antiquus; old) is an old collectible item. It is collected or desirable because of its age, rarity, condition, utility, or other unique features. It is an object that represents a previous era in human society. Antiques are usually objects which show some degree of craftsmanship, or a certain attention to design such as a desk or the early automobile. They are bought at antique shops, or passed down as an estate.
*dari kamus dewan edisi empat antik bermaksud

Antik

1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): peng­gemar ~; keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya.

*maksud antik pada aku pula

Sesuatu yang di cari,diciptadan dikumpul oleh nenek moyang, diwariskan untuk di jaga oleh atuk nenek, di jual oleh ayah emak, di beli oleh anak-anak, di lihat oleh cucu cicit di muzium.

jadi jagalah warisan kita kerana ia adalah warisan sejarah kita dan budaya hidup bangsa kita


museum

A museum is a "permanent institution in the service of society and of its development, open to the public, which acquires, conserves, researches, communicates and exhibits the tangible and intangible heritage of humanity and its environment, for the purposes of education, study, and enjoyment", as defined by the International Council of Museums. The UK Museums Association definition (adopted 1998) is:

"Museums enable people to explore collections for inspiration, learning and enjoyment. They are institutions that collect, safeguard and make accessible artifacts and specimens, which they hold in trust for society."

There are tens of thousands of museums all over the world. The museums of ancient times, such as the Musaeum of Alexandria, would be equivalent to a modern graduate institute. The modern meaning of the word can be traced to the Museum of Pergamon in Anatolia, which displayed artwork.

Etymology

The English "museum" comes from the Latin word, and is pluralized as "museums" (or, rarely, "musea"). It is originally from the Greek Μουσείον (Mouseion), which denotes a place or temple dedicated to the Muses (the patron divinities in Greek mythology of the arts), and hence a building set apart for study and the arts, especially the Musaeum (institute) for philosophy and research at Alexandria by Ptolemy I Soter about 280 BCE. The first museum/library considered to be the one of Plato in Athens . However, Pausanias gives another place called "Museum", namely a small hill in Classical Athens opposite the Akropolis. The hill was called Mouseion after Mousaious, a man who used to sing on the hill and died there of old age and was subsequently buried there as well.

curator

Curator (from Latin cura, care), means manager, overseer.

Traditionally, a curator or keeper of a cultural heritage institution (e.g., archive, gallery, library, museum, or garden) is a content specialist responsible for an institution's collections and, together with a publications specialist, their associated collections catalogs. The object of a traditional curator's concern necessarily involves tangible objects of some sort, whether it be inter alia artwork, collectibles, historic items or scientific collections. More recently, new kinds of curators are emerging: curators of digital data objects, and biocurators.
Other definitions

In the United Kingdom, the term curator is also applied to government employees who monitor the quality of contract archaeological work under Planning Policy Guidance 16: Archaeology and Planning (PPG 16) and are considered to manage the cultural resource of a region. In the museum setting, a curator in the United Kingdom may also be called a "keeper".
More recently, advances in new technologies has led to a further widening of the role of curator. This has been focused in major art institutions internationally and has become an object of academic study and research. In contemporary art, the title curator is given to a person who selects and often interprets works of art. In addition to selecting works, the curator often is responsible for writing labels, catalog essays, and other supporting content for the exhibition. Such curators may be permanent staff members, be "guest curators" from an affiliated organization or university, or be "freelance curators" working on a consultant basis. The late twentieth century saw an explosion of artists organizing exhibitions. The artist-curator has a long tradition of influence. Notable among these was Sir Joshua Reynolds, founder of the Royal Academy, London.


In some American organizations, the term curator is also used to designate the head of any given division of a cultural organization. This has led to the proliferation of titles such as "Curator of Education" and "Curator of Exhibitions". This trend has increasingly been mirrored in the United Kingdom in such institutions as Ikon, Birmingham, UK and Baltic, Gateshead, UK.
In Australia and New Zealand, the person who prepares a sports ground for use (especially a cricket ground) is known as a curator.[citation needed] This job is equivalent to that of groundsman in some other cricketing nations.


Curator responsibilities


In smaller organizations, a curator may have sole responsibility for the acquisition and care of objects. The curator will make decisions regarding what objects to collect, oversee their care and documentation, conduct research based on the collection, provide proper packaging of art for transport, and share that research with the public and scholarly community through exhibitions and publications. In very small volunteer-based museums, such as local historical societies, a curator may be the only paid staff member.


In larger institutions, the curator's primary function is as a subject specialist, with the expectation that he or she will conduct original research on objects and guide the organization in its collecting. Such institutions can have multiple curators, each assigned to a specific collecting area (e.g. Curator of Ancient Art, Curator of Prints and Drawings, etc.) and often operating under the direction of a head curator. In such organizations, the physical care of the collection may be overseen by museum collections managers or museum conservators, and documentation and administrative matters (such as insurance and loans) are handled by a museum registrar

*makna dari kamus dewan edisi empat maksud kurator ialah

1.pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap); 2. anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll); 3. pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara.



Tuesday, July 7, 2009

C70 bertukarrrrrrr.......


handphone aku sekarang pun dah boleh transform
C70 aku tengah bikin jadi transfomer


Monday, July 6, 2009

boleh ke?

kalau boleh aku nak ubah suai C70 tu jadi cam ni...bole ke?????????heheheh...









C 70



Motorsikal Abah aku yang di beli dalam tahun 70an...dah lebih 30 tahun usia motor ni,masih boleh pakai lagi untuk pusing kampong...sekarang tengah pikir cam ne nak bawak balik kat umah aku. Aku nak repair dan jadikan cantik serta klasik, kos dalam 2500 gak tu...emmmm nak cari modal lagi tapi minat punya pasal kena usaha jugak ni bagi tercapai hajat...heheheh...


rambutan

Abah aku...happy pasal anak cucu balik jengok dia kat kampong..abah aku tinggal sorang kat kampong, ajak duduk rumah anak-anak kat bandar tak nak...hehehe paham2 je la orang tua

merah menyala...manis tu

adik aku Noraizah aka lilik dan suami membersihkan buah rambutan dari penjaga buah iaitu sang semut hitam

si jagho...panik pasal ingat kami nak tangkap dia buat lauk makan tengahari

Hari minggu lepas bersama adik beradik balik kampong, tujuan pertama jengok abah dan kedua petik buah rambutan yang dah terlalu masak. Aku tukang kutip buah je ahak2.. adik ipar tukang kait pasal dia lebih expert kait buah yang tinggi. Banyak gak bawak balik,dapat la kasi jiran-jiran aku kat taman. Buah durian tak bebunge...buah manggis tak nampak warna...buah pisang dapat setandan je,hehehe...tak dapat nak penuhkan bonet keta dengan buah2an .Alhamdulillah yang penting dapat bersama Abah dan adik beradik walaupun sekejap


Friday, July 3, 2009

Pak Itam

Pak Itam kaki merokok
siang malam
pagi petang
asyik merokok
Pak Itam kaki merokok
tak rokok dia ketagih
air liur meleleh
duit diperabih
Pak Itam tak pernah letih
Tak dapat dia pitam
mintak kawan dia tak segan
janji rokok dia genggam
sampai bibir jadi legam
selagi belum padam
Pak Itam kaki merokok
sakit kanser
kena leser
dia peduli ape

lagu oleh R.Azmi dan di ubah sesuka hati oleh R.Aris

andainya


Andainya hidup punca perpisahan,
Biarlah mati menyambungnya semula
Namun seandainya mati punca perpisahan,
Biarlah hidup itu membawa erti yang nyata.

Thursday, July 2, 2009

peace

tajuk 'PEACE" - wood print- artis proof III ,karya Riaz Ahmad aka Nagesh 1992
lukisan ni aku gantung kat dinding office aku

Wednesday, July 1, 2009

gugur


hijau boleh gugur
yang layu pasti gugur
meninggal kan ranting tempat berpaut
tiada fotosentisis
menjadi komposis
jadi makanan parasit
menghidupkan yang lain
yang akan gugur selepas itu
kerana itu putaran dan prosesnya

shadow