Tuesday, July 21, 2009

tahlil dan doa selamat




Alhamdulillah pada 18 Julai 2009 , malam selepas isyak yang lalu kami sekeluarga selamat mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di kampong. Alfatihah kami panjatkan ke hadrat illahi agar roh keluarga kami yang telah pergi dahulu menemui Mu di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Buat marhum ibunda Hajjah Asiah binti Abdullah, marhum isteri Khatijah binti Monil, marhum kakak Saadiah binti Hj Sahid, marhum adik ipar Sumiati binti Abd. Malik, marhum abang ipar Mohd.Radzi bin Ahmad, dan marhum ayahda dan bonda serta keluarga sebelah kakak ipar. Moga Allah menerima doa-doa kami hamba-hamba yang mendambakan kerahmatan Nya dan moga pahalanya sampai kepada arwah keluarga kami semua.InsaAllah, hanya pada Mu jua kami memohon.

2 comments:

  1. Al fatihah ... Amiiiin... (untuk keluarga Aris yg telah mendahului kita... sahabat lamaku)

    ReplyDelete
  2. terima kasih bro don sahabat lama ku

    ReplyDelete