Thursday, July 23, 2009

hukm

semalam 22 Julai 2009 anak aku Ariesha ada temujanji di klinik mata hukm, temujanji janji setahun dari tahun lepas (punya lama temujanji). Ariesha kena periksa mata kiri dia untuk tujuan pembedahan (minor) kelopak mata. Pembedahan keatas mata dia dah dua kali dibuat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang tapi tak berjaya, Jadi kena rujuk ke pakar mata di HUKM iaitu Dr Faridah Haneem. Perjumpaan pertama Dr cakap anak tak cukup besar untuk pembedahan, itu yang dia minta datang lagi lepas setahun.
semalam keluar rumah jam 7.15 anta Izzat ke sekolah dia lepas tu anta Ira ke Kolel di Shah Alam dan terus ke HUKM, sampai jam 9.30 pagi cari parking semua penuh termasuk di stadium bolasepak, pusing2 dapat parking bila ada orang keluar. Terus panjat bukit ke hospital, daftar dan dapat resit menunggu no 2050 waktu 9.48pg...adus...tempat menunggu luar dalam penuh dengan orang. Pergi cari makanan ringan untuk Isha, naik semula ke atas nama di panggil untuk pemeriksaan mata, tahap kejelasan mata melihat objek,alhamdullilah tak ada masalah Isha pun ok aje. Aku kena tunggu giliran pula untuk jumpa doktor di bilik 4 atau 5...aku lihat no giliran yang tertera 2009...mak ai lama lagi tu,bosan menunggu aku bawa Isha turun ke bawah ke tempat mainan kanak2...dia main bersama rakan-rakan baru dia, aku lepak kat kerusi lihat dari jauh aje sampai terlelap gak..he2
Masa ni terfikir gak, kenapa tidak di cipta satu gadget/alat perberitahu kepada pesakit yang waktu temujanji dah sampai macam 'pager'. Ini memudahkan pesakit tidak bosan menunggu terlalu lama di satu-satu tempat dan mereka boleh pergi makan atau ke tandas tanpa risau nombor telah di panggil.
Jam pukul 1.15 tergerak hati naik atas, rupanya nombor dah dipanggil, lewat 5 minit terus masuk bilik 4 dan jumpa doktor. Masa ni pulak Isha meragam tak kasi doktor periksa mata dia...adus...dipujuk pun tak mahu. Aku bawa Isha keluar nak memujuk dia, kemudia Dr Faridah panggil suruh jumpa dia, masa ni la Isha menangis macam kena dera, tak makan pujuk, mata di tutup dengan tangan di paksa pun tak mahu. Akhirnya....doktor tak boleh buat pemeriksaan...kena buat temujanji semula bulan 10 nanti dan insaallah pembedahan akan di buat pada 23 November ( tertakluk pada pemeriksaan ). Sabo je la...penat menunggu hampir 4 jam tapi tak boleh periksa...mungkin dia fobia dengan doktor mata kot, atau mungkin dia terlampau manja....keluar hospital elok je dia bermain...

2 comments:

  1. Sabar ajelah...kerenah anak-anak macam tulah..Saya pun pernah lalui masa dan saat-saat begini dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  2. dah anak ya tak...cuma geram aje...he2

    ReplyDelete