Friday, July 24, 2009

Labaikallah humma labaiq-2

sekadar renungan hari jumaat
*
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek danmemanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagiorang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintahAllah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerakmenuju ke syurga.Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak kesyurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf disekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, adalagi beberapa orang yang tidak hadir..Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar kedalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yangpenting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semuaorang yang pernah tawaf di sekelilingnya.Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawaorang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawakeluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....Betapa nikmat dan beruntung nya....
bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....wallahualam
aku rindu rumah tua mu ya ALLAH

2 comments: