Wednesday, July 29, 2009

HINI

H1N1: Kampus kejuruteraan USM ditutup seminggu

GEORGETOWN: Kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal ditutup selama seminggu, mulai hari ini selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza atau ILI. Perkara itu disahkan Timbalan Pendaftarnya, Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi. "Hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti. Berita Harian

moga tak ada perkara yang tak elok berlaku pada anak (Along)...pagi tadi call dia cakap dia ok...student kena buat check up kesihatan sebelum di benarkan balik.Sekarang telah menjadi satu kerisauan pada semua ibubapa kerana penyakit ini mula merebak ke hampir semua IPTA/S seluruh negara juga ke sekolah-sekolah. Penyakit yang kita tahu tapi tak tahu bila ia mula merebak dan terkena kita dan dari mana punca merebak kerana kita sentiasa berada di tempat awam. Terlalu cepat wabak ini merebak,bala dari Allah taala agar umat manusia sedar akan kekuasaanNya. Sekarang bila kita demam,batuk dan selsema menjadi satu kerisauan pula,entah HINI atau sakit biasa.

No comments:

Post a Comment