Tuesday, July 21, 2009

tua muda

semasa kenduri tahlil dan doa selamat di kampong, hampir 40 tetamu dari 50 tetamu yang dapat hadir kemajlis tersebut adalah orang-orang tua. Semua adalah jiran-jiran aku yang tinggal di peringkat satu dan dua dan semuanya telah berumur 70 tahun ke atas. Akupun terkenangkan jiran sebaris/sejalan rumah abah aku yang telah meninggal dunia iaitu Pakcik Amir, Pakcik Isa, Pakcik Mispan, Makcik Senah, Makcik Enon dan Pakcik Kamaruddin. Manakala yang sedang sakit dan tak dapat begerak pula Haji Adnan, pakcik Hashim dan abah aku yang sakit kaki. Yang lain kelihatan agak sihat pula Haji Arshad, Ustaz Sukri, Pakcik Rahmat dan Haji Supian. Semua anak-anak mereka adalah kawan-kawan aku yang kini aku nak jumpa setahun sekali pun sukar.
Bila melihat wajah-wajah mereka aku menjadi agak sayu kerana adakah aku akan jadi seperti mereka atau mungkin aku pergi dahulu sebelum mereka. Benarlah pesan Rasullullah s.a.w., hendaklah kita selalu menatap wajah orang-orang tua dan mengusap kepala anak-anak kecil ( terutama anak yatim ), kerana ia akan mendatangkan keinsafan kepada kita. Kita pernah muda dan akan menjadi semakin tua. Adakah raya tahun ni aku dapat menziarahi rumah-rumah mereka , bertemu dan memohon maaf seperti yang selalu aku lakukan. Kalau sebelum ini kami dapat bersama membuat baraan dari rumah-kerumah adakah tahun ini acara itu dapat diteruskan lagi. Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Keseronokan di kampung semasa zaman kanak-kanak sentiasa terimbau bila aku balik kampung...tapi zaman dah berubah, semua hanya jadi cerita untuk anak-anak sahaja. Tiada yang tua maka tiada yang muda dan yang muda pasti akan tua akhirnya.

3 comments:

  1. rindu zaman kanak-kanak yang tak kenal erti sakit....demam pun rupa tak demam..

    ReplyDelete
  2. Rose...semua kita rindu zaman kanak2 yang dah berlalu

    Bro Pyan...kepada Allah kita kan kembali

    ReplyDelete