Wednesday, August 26, 2009

ketupat


dah nak raya ni antara makanan/hidangan wajib misti ada adalah ketupat. Berapakah jenis ketupat yang kita tahu? Berapa banyakah jenis ketupat yang kita pandai anyam?
antara jenis ketupat yang saya dapat kenalpasti dan masih banyak lagi yang belum di temui. Jika mungkin ada yang tahu ,boleh lah kita berkongsi cerita.

1.Ketupat sate
2.Ketupat pasar/sintok
3.Ketupat bawang
4.ketupat manggis
5.ketupat belangkas
6.ketupat pahang
7.ketupat kembar
8.ketupat burung

9.ketupat burung ( empat daun )
10.ketupat gunung
11.ketupat genap/bungkus
12.ketupat tapak badak
13.ketupat kancil
14.ketupat bantal
15.ketupat kepala kerbau
16.ketupat manggis (lapan kelopak)
17.ketupat beranak ( dua )

18.Ketupat beranak ( tiga )
19.ketupat gong
20.ketupat potong wajik/klang
21.ketupat ikan
22.ketupat hati

23.Ketupat kerbau

17 comments:

  1. Aris,
    ketupat kawannya rendang,
    lepas ini jenis jenis rendang pulak kot?
    tak sangka banyak betul jenis ketupat,
    ketupat gong pun ada...heee mesti favourite Tuan...

    ReplyDelete
  2. Kat sini ada satu ketupat. Boleh pilih nak yang rebus ataupun yang dah digoreng. Namanya ketupat palas. Lemang pulak ada berapa jenis agaknya? Dodol?

    ReplyDelete
  3. Baru saya tahu ketupat ada banyak jenis. Muzium boleh fikirkan utk buat pameran ketupat kot? Beserta dengan sample untuk dirasa, lengkap rendangnya sekali.
    Educational tu...

    ReplyDelete
  4. ALAMAK..PUASA BARU BERAPA HARI..DAH IKLAN KETUPAT..RAYA MANA TAHUN NI BROO

    ReplyDelete
  5. lenon...dalam 23 jumlah tu hanya separuh sahaja yang saya pandai anyam yang lain tak abih nuntut termasuk ketupat gong...he2

    asw...terima kasih..ketupat palas dari daun palas saya tertinggal sebab yang kat atas semuanya dari daun kelapa...begitu juga dengan ketupat sotong yang terkenal di terengganu...

    eta...sebenarnya kajian mengenai ketupat ni telah saya mulakan tahun lepas dan dalam proses nak terbitkan buku, cuma budjet sahaja yang tak ada...insaallah tahun hadapan mungkin boleh kot. Kalau saya berkesempatan mungkin sebahagian artikal saya masuk dalam blog ni..

    zawal...belum dapat mimpi lagi la...raya datang la rumah..he2

    ReplyDelete
  6. satu lagi yang saya belum kaji adalah ketupat gergasi bersaiz 1'x1' yang di buat oleh orang asli mahmeri..

    ReplyDelete
  7. dan ketupat gergasi 3'x3' yang ada lampu di dalam kat tiang letrik. heee...

    ReplyDelete
  8. Bagus, harap jadila buku tu. Muzium patutnya boleh bantu dari segi kos penyelidikan atau penerbitan.
    Saya juga harap Addi dapatkan teruskan rancangannya tentang penerbitan buku perihal kereta berhias.

    ReplyDelete
  9. Maaf kalau komen ini lari dari topik sebenar. Kami baru dapat tahu tentang kepulangan isteri saudara. Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  10. peh- cmne agaknya bentuk ketupat kerbau tu ek?

    ReplyDelete
  11. Kalau tak de tanduk bukan kerbau la namanya...

    ReplyDelete
  12. acciaccatura....terima kasih

    Basuh Baju...nanti saya akan paste gambar

    Eta...kerbau di kenal pada tanduknya..he2

    ReplyDelete
  13. lenon...aku kena masuk satu lagi dalam list..ketupat berlampu..he2

    ReplyDelete
  14. aris, saya pernah lihat emak saudara saya menganyam ketupat jantung (jantung pisang), guna empat helai daun jugak. mungkin boleh tambah dalam list tu

    ReplyDelete
  15. saya boleh buat ketupat jantung, guna 2 daun mcm biasa, tapi tak boleh dipisahkan dua2 helai tu..

    ReplyDelete
  16. saya teringin nak belajar buat ketupat yang luar biasa tu... harap2 dapatlah buku panduan nya diterbitkan..

    ReplyDelete